20090802

Nak tengok betapa pengotor orang N.Sembilan ?






Inilah sikap sesetengah orang di Negeri Sembilan. Gambar ini diambil pada 2 Ogos 2009 di jalan utama masuk ke Taman Alamanda , Senawang. Patutlah macam-macam bala penyakit sekarang ini Denggi, Selsema Babi, Chikungunya dan lain-lain. Pengotor betul rakyat Malaysia. Ikut suka hati saja buang sampah tepi jalan.

Bukan di Taman Alamanda sahaja, malahan merata-rata tempat sekitar Seremban dan Negeri Sembilan.

Itu bab rakyat Malaysia yang pengotor.

Yang Majlis Perbandaran Seremban pula dah lebih 3 kali buat aduan melalui E-Public minta buat penghadang besi dan amaran dilarang membuang sampah . Masih tak ada tindakan. Rugi rasanya bayar Cukai Taksiran (Cukai Pintu) MPS hampir RM 300 setiap tahun ?

Ke nak kena naikkan cukai pintu lagi ? Ke nak tunggu masuk TV 3 ? Ke nak tunggu masuk Utusan Malaysia ? Ke nak berdemonstrasi jalanan baru nak ambil tindakan ?

Apalah ada pada 1Malaysia, 1Senawang dan macam-macam 1 tapi rakyat Malaysia pengotor, buang sampah dari kereta perkara biasa, pelajar sekolah buang plastik dari bas sekolah perkara biasa. Pelajar sekolah rendah merokok dah jadi perkara biasa sekarang ini.

0 ulasan: