KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090817

H1N1, Sabun pun tak de di sekolah kluster Seremban

Isteri saya mengajar di sebuah sekolah kluster di Seremban. Sekolah kluster ni agaknya yang paling cemerlanglah agaknya. Semuanya canggih-canggih agaknya, cikgu canggih, murid canggih, komputer canggih dan sebagainya. Agaknya.

Saya tanya isteri saya, sekarang H1N1 dah menular di Seremban ni ada tak disediakan sabun di tandas dan kantin. Isteri saya kata tak ada, malah pintu tandas bilik guru pun selaknya dah lama rosak. Baru-baru ni tandas tak ada air pun , guru besar sendiri turun padang baiki.

Nak salahkan siapa agaknya ? Terlalu nak mengejar kecemerlangan akademik , inilah jadinya. Perkara asas seperti kebersihan dan solat sering terabai.

Kalau Kementerian Pelajaran tak ada bajet nak sediakan sabun, mintalah berunding dengan PIBG. Kalau PIBG pun tak ada bajet, Kementerian Pelajaran keluarlah surat pekeliling, buat sidang media minta murid bawa sendiri sabun.

Agaknya belum isytihar darurat , semua orang buat tak kisah. Menteri pun tak turun padang. Yang disalahkan nanti Guru Besar, Guru-Guru, kakitangan Jabatan Pelajaran, kakitangan Kementerian Kesihatan.

Turunlah padang. Janganlah sibuk dengan 1Malaysia saja.

Saya tanya isteri saya lagi sekolah ada tak Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan ( Safety and Health Committee – SHC). SHC pun isteri saya tak tahu apa dia.

Walhal sekolah ada Persatuan Bulan Sabit Merah, Pengakap, Pandu Puteri yang ada asas pertolongan cemas dan perubatan, gunakanlah sebagai asas membentuk SHC.

Jangan nak harap kakitangan Kementerian Kesihatan saja. Kementerian Kesihatan tak cukup kakitangan nak tangani wabak ini. Hari Sabtu , Ahad pun Klinik Kesihatan di buka kerana H1N1. Silap-silap mereka semua tak sambut raya tahun ni.

Sekali lagi kepada pemimpin negara dan negeri.

TURUNLAH PADANG. JANGANLAH SIBUK DENGAN 1MALAYSIA SAJA.

Kepada ibu bapa dan penjaga , cuba tanya anak-anak kita ada tak sabun di tandas dan kantin sekolah

*****************
DEFINISI
Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

http://www.moe.gov.my/webdwibahasa/kluster/

Tiada ulasan: