KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090820

Elakkan beri wang kepada golongan fakir miskin

Pada 12 Ogos 2009 akhbar melaporkan seorang warga emas menggunakan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk melanggani pelacur.

Khalifah Islam , Saidina Umar Ibn Khatab ra telah mengajarkan perkara ini lebih 1000 tahun yang lalu. Kalau nak bantu orang susah , turun padang. Berikan apa keperluan yang mereka kehendaki.

Kisah Saidina Umar ra yang membantu keluarga yang kelaparan apabila beliau turun padang mencari keluarga susah, memikul sendiri gandum, dan memasak sendiri gandum tersebut untuk diberikan kepada keluarga yang kelaparan tersebut amat popular sekali.

Namun sekarang kita bukan mengharapkan Perdana Menteri atau Menteri Besar untuk pikul guni beras, akan tetapi sistem agihan bantuan terutama bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitul Mal hendaklah dari masa ke semasa disemak dan dikemaskini agar tidak disalahguna untuk tujuan lain.

Sebaiknya elakkan pemberian wang ringgit. Berikan mereka barangan keperluan harian.

Adakan program seperti Kupon Makanan dimana penerima bantuan akan menerima Kupon Makanan yang boleh ditukar dengan barangan makanan keperluan asas di kedai-kedai runcit atau pasaraya.

Kupon Makanan ini mungkin boleh diperluaskan lagi dengan memperkenalkan Kupon Bil Air dan Bil Elektrik dimana ini juga adalah merupakan keperluan asas.

Saya menerima keluhan daripada pejabat wakil rakyat menyatakan akan segelintir mereka yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitul Mal masih memohon bantuan atas alasan tidak cukup wang untuk membeli makanan.

Saya cadangkan agar semua pejabat Wakil Rakyat , tidak kiralah Wakil Rakyat Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat supaya cuba elakkan memberi wang ringgit kepada mereka yang memerlukan makanan.

Jika kerajaan belum memperkenalkan sistem Kupon Makanan mereka boleh buat Sistem Kupon Makanan sendiri dengan kerjasama kedai-kedai runcit berhampiran.

Penyelewangan bantuan boleh dilakukan oleh segelintir kecil mereka yang tidak bertanggungjawab. Akan tetapi sistem yang lebih efisien perlulah dikaji dari masa ke semasa agar ianya tidak begitu mudah untuk disalahgunakan , juga supaya mereka yang benar-benar memerlukan bantuan akan mendapat bantuan.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/8/12/nation/4504408&sec=nation

Wednesday August 12, 2009
Grandpa used welfare money meant for mute wife on hooker

A 78-YEAR-OLD grandfather of five used welfare money meant for his mute wife to pay for the services of a prostitute, reported Berita Harian.

The man was caught during a raid conducted by the Kedah religious department in the afternoon after he collected RM100 on behalf of his wife from the welfare department.

http://www.fns.usda.gov/FSP/
As of Oct. 1, 2008, Supplemental Nutrition Assistance Program (SNAP) is the new name for the federal Food Stamp Program.

Benefits are provided on an electronic card that is used like an ATM card and accepted at most grocery stores.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Setuju dengan cadangan dan pandangan tuan itu. Setidak-tidaknya melalui kupon kita dapat trace pengagihan yang dibuat dapat disalurkan kepada penerima atau tidak.

Kalau wang ni...banyak sangat godaannya..semoga cadangan tuan ini dapat dilaksanakan dengan efektif dan efisien...insyaALLAH.