KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20090808

Di N.Sembilan masjid cantik pun terbiar

Di Rembau ada banyak masjid dan surau lama dengan senibina yang indah dan cantik. Tapi sayang banyak yang terbiar.

Terbiar dari segi memakmurkan masjid dan surau dengan jemaah bersolat dan majlis ilmu. Terbiar dari segi mengekalkan keindahan budaya warisan Melayu Negeri Sembilan.

Apo nak buek ? Bukan rumah dan orang tua saja yang terbiar di Rembau dan Negeri Sembilan. Malahan masjid dan surau pun terbiar.

Tapi ada satu tempat yang tidak terbiar dari dulu sampai sekarang. Iaitu kedai judi ekor di pekan Rembau dan lain-lain tempat di Negeri Sembilan ini. Begitu meriah. Majoriti pengunjung orang Melayu , tak kira tua atau muda.

Masjid di Rembau ni hanya untuk golongan tua yang menunggu panggilan kubur. Kalau Masjid Kg Gadong tu yang ada imam, bilal dan siak saja. Siak pun tak silap saya bukan orang asal Rembau, tapi orang luar N.Sembilan yang bekerja dan menyewa di Kg. Tanjung.

Anak mudo majoriti tak minat pergi masjid ( anak muda yang sokong Barisan Nasional dan anak muda yang sokong Pakatan Rakyat , sama saja ).

Sila ke pautan berikut untuk melihat kecantikan dan keunikan masjid terbiar di N.Sembilan :
http://nagarinansembilan.blogspot.com/2009/08/rintihan-anak-rembau-iv.html

Berikut kritikan terhadap kerajaan Negeri Sembilan yang tidak serius membangunkan pelancongan budaya di N.Sembilan

http://nagarinansembilan.blogspot.com/2009/07/kerajaan-negeri-tidak-pulihara-warisan.html

http://waghih.blogspot.com/2008/05/sektor-pelancongan-nsembilan-perlu-di.html

Tiada ulasan: