Artikel dibawah dari Blog Jufitri bin Joha , Naib YDP ABIM Rembau dan Pengerusi GPTD , mengisahkan perjuangan membela rakyat Palestin oleh bekas wartawan wanita Britain , Yvonne Ridley yang pernah menjadi tahanan Taliban di Afghanistan pada tahun 2001 dan kemudian memeluk agama Islam.
************************
Viva Palastina-Yvonne Ridley - What happen in Gaza is 10 times worst than happen in South Africa during Apartheid Regime ruled that country.
Saya bertuah dapat bersama dalam 'talk' yang telah disanpaikan Yvonne Ridley bertajuk 'People, Power and Palestine'.
Yvonne Ridley menyentuh pengalaman beliau menyertai Konvoi Darat Viva Palastina daripada UK terus ke Gaza. Beliau menceritakan pengalaman menghadapi pelbagai kesukaran. Konvoi ini turut disertai oleh Ahli Parlimen British iaitu Mr. George Galloway - http://www.georgegalloway.com . Yvonne Ridley menggelarkan George Galloway sebagai 'Man in Action' kerana beliau berpandangan kita tidak boleh lagi meletakkan harapan kepada ahli politik sebaliknya sebagai ahli masyarakat madani (Civil Society) kitalah yang bertanggungjawab membantu menyelesaikan masalah Palestin.
Konvoi tersebut bertujuan mencipta publisiti dan promosi perjuangan rakyat Gaza kepada mata dunia. Ia bermula daripada UK - Perancis - Sepanyol - Morocco - Algeria - Tunisia - Libya - Mesir - GAZA!. Seramai 254 orang termasuk bukan Islam menyertai konvoi tersebut. Apabila melalui negara-negara tersebut masyarakat awam memberikan sokongan terhadap usaha mereka cuma yang menjadi masalah adalah kerajaan-kerajaan negara Arab.
Pengalaman di Tunisia dan di Mesir cukup memeritkan mereka. Kerajaan Tunisia tidak membenarkan mereka berhubung langsung dengan pemduduk Tunisia sehingga untuk berhenti solat Jumaat pun mereka tidak dibenarkan kerana dikhuatiri mereka bertemu dan berhubung dengan penduduk setempat. Akhirnya mereka terpaksa solat Jumaat di tepi jalan.
Di sebalik kesulitan ada kesenangan, kerajaan Libya satu-satunya negara Arab yang membantu dan meraikan konvoi mereka. Bahkan kerajaan Libya turut menghantar beberapa lori bantuan mengiringi konvoi mereka untuk disalurkan bantuan ke Gaza.
All for one and one for all laung Yvonne Ridley apabila mereka tidak dibenarkan masuk ke Gaza secara keseluruhan konvoi. Ini menggambarkan perjuangan hebat seorang srikandi yang memeluk agama Islam di tangan tentera taliban beberapa tahun lalu.
Gaza ibarat penjara terbuka dan terbesar di dunia. Mesir menjadi tali barut Israel dengan banyak menyekat sempadan Gaza dari dimasuki bantuan kemanusiaan. Namun setelah berhari-hari menunggu dengan penuh sabar konvoi akhirnya berjaya menerobos sempadan Gaza dan bertemu dengan penduduk Gaza.
What happen in Gaza is 10 times worst than happen in South Africa during Apartheid Regime ruled that country. Perjuangan Palestin adalah perjuangan kita dan harus digerakkan terutamanya pertubuhan masyarakat madani (Civil Right Movement) seperti ABIM, GPTD dan lain-lain NGOs
Artikel penuh di http://gptd-spain.blogspot.com/2009/11/viva-palastina-yvonne-ridley.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan