KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20091112

Kes bunuh, payung Barisan Nasional, Utusan Malaysia

Sesuatu isu itu kekadang terlalu dipolitikkan. Kerajaan Barisan Nasional dan kerajaan Pakatan Rakyat kekadang terlalu takut dengan pengundi hinggakan hilang pertimbangan apa keputusan yang patut diambil.

Sesuatu tindakan itu kekadang terlalu mengambil kira pandangan politik. Golongan professional tidak dapat menjalankan tugas secara professional akibat campur tangan politik, akibat hendak menjaga sangat hati pengundi.

Bolasepak pun nak dipolitikkan. Bendera parti pun nak bawa masuk stadium , PAS, PKR , UMNO. Nak sangat bawa bendera parti dalam stadium , lebih baik diadakan sahaja Liga Parti Politik.

Kes bunuh di Kedah baru-baru ini yang melibatkan warga emas yang disyakki menikam isteri juga menjadi fobia bila ada payung Barisan Nasional. Apa salahnya ada payung Barisan Nasional menutup mayat mangsa bunuh tersebut ? Atau apa salahnya jika tiada payung Barisan Nasional guna payung MCA ke, MIC ke, PAS ke , kalau yang itu yang ada ditempat kejadian masa tersebut.

Akibat terlalu fobia Utusan Malaysia telah memadam imej logo Barisan Nasional pada payung tersebut. Walhal akhbar Berita Harian dan The Star memaparkan imej logo Barisan Nasional pada payung tersebut.

Tindakan terang-terangan Utusan Malaysia tersebut menimbulkan 1001 persoalan.

Sudah-sudahlah politik melampau, politik fobia di Malaysia ini. Banyak lagi masalah rakyat sekarang ini, jenayah menjadi jadi, cari kerja susah, perumahan terbengkalai dan banyak lagi.

Masing-masing buatlah kerja masing-masing. BN buat kerja BN. PAS buat kerja PAS, PKR buat kerja PKR. Wartawan buat kerja wartawan secara professional, begitu juga polis, SPRM, tentera dan seterusnya.

Cukup masa Pilihanraya Umum ke 13 nanti pengundi akan menilai dan membuat pilihan mereka sendiri. Buat masa sekarang rata-rata mereka meluat dengan keadaan politik semasa di Malaysia ini.


GAMBAR BAWAH DARI UTUSAN MALAYSIA

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1110&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive

GAMBAR BAWAH DARI BERITA HARIAN


Sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/BeritaUtama/20091109233752/Article/


GAMBAR BAWAH DARI THE STAR

Sumber : http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/11/10/nation/5079542&sec=nation

Tiada ulasan: