Sekarang ini sedang rancak projek landasan keretapi berkembar melintasi beberapa kampung di daerah Rembau.
Baru-baru ini jumpa seorang kenalan dari Rembau. Rumah pusaka dan tanah pusaka arwah ibunya terlibat dengan projek ini. Memandangkan ibunya sudah meningggal dan tiada anak perempuan dan nama pada geran tanah masih nama arwah ibunya maka duit pampasan pengambilan tanah tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun Amanah Raya.
Perlulah di bawa kes ini ke mahkamah termasuk Mahkamah Adat untuk menentukan siapa pewaris yang hak untuk mendapatkan wang pampasan tersebut sekiranya ada anak saudara perempuan sebelah ibunya.
Sebenarnya terlalu banyak kes sebegini di Negeri Sembilan. Tanah adat yang tidak jelas status pemiliknya kerana tidak ditukar nama sejak sekian generasi. Yang rugi ialah anak Negeri Sembilan. Tak kiralah anak Negeri Sembilan yang lelaki atau yang perempuan.
Jika ianya berterusan orang Negeri Sembilan lama kelamaan akan hidup merempat. Ada tanah boleh tengok sahaja tak boleh duduk. Ada duit pun boleh tengok sahaja tak boleh belanja.
Siapa yang ada kuasa dan suara dalam tanah adat ini buatlah sesuatu. Kalau nak ikutkan hati, malas saya nak fikir pasal tanah ni, buat apa susah-susah nak sedarkan pengamal adat, saya dah ada rumah, dah ada tanah, tak hidup merempat.
Tapi terfikir akan ditanya di akhirat nanti , apa peranan saya apabila melihat orang Negeri Sembilan hidup merempat sedangkan mereka ada tanah, sedangkan mereka saudara saya, mereka jiran saya, mereka orang kampung saya, mereka sebangsa, mereka seagama.
Betullah pepatah yang mengatakan Menang Sorak , Kampung Tergadai. Menang Piala Malaysia setelah menunggu 61 tahun, tapi kampung halaman makin lama makin tergadai.
Telah banyak saya tulis mengenai Adat Perpatih pada pautan berikut :
http://waghih.blogspot.com/2008/12/siapa-kata-adat-perpatih-tak-boleh.html
http://rozmal.blogspot.com/2008/08/generasi-muda-mahu-adat-perpatih.html
1 ulasan:
Adakah perlantikan Undang Luak Sungai Ujong dan AlShahbandar sekarang sah disisi adat perpatih seperti yang di jelaskan dalam perlembagaan N9? Apakah nas-nas ia sah atau tidak sah? Dan apakah ini memberi kesan yang terlalu besar dari aspek daulah YDP Besar?
Kudin
Catat Ulasan