KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20091119

Bersama kita bangunkan Madrasah Pondok Seri Permai












PROGRAM SUMBANGAN DERMA MEMBINA BANGUNAN MADRASAH

Adalah dimaklumkan Madrasah Dakwah Islamiah , Pondok Sri Permai di Pasir Puteh, Kelantan dalam proses untuk membina sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi beberapa keperluan asas madrasah, iaitu tiga bilik kelas belajar, satu bilik perpustakaan, makmal komputer, pejabat dan bilik penginapan tetamu.

Kos pembinaan adalah dianggarkan sebanyak RM 300,000.00

Segala sumbangan bolehlah disampaikan kepada wakil yang dilantik atau melalui akaun madrasah iaitu No. Akaun : 03-090-02-009151-6 (BIMB).

Wakil di N.Sembilan ialah Ustaz Zulkifli bin Mat Zari atau boleh menghubungi Ustaz Mohd Nazri Yusof 019-3457690


*****************
Madrasah Dakwah Islamiah , Pondok Sri Permai
Pondok Seri Permai Seligi ini telah diasaskan pada tahun 1989M oleh Tuan Guru Abdul Hamid B. Hj. Daud. Terletak kira-kira 45 km dari Pusat Bandar Kota Bharu.

Kawasannya yang dikelilingi kawasan bukit, menjadikannya tempat yang sangat sesuai untuk menuntut ilmu.

Pengerusi Pentadbir
Nama : Tuan Guru Abdul Hamid B. Hj. Daud
Tempat lahir : Pattani
Tahun lahir : 1937M

Pendidikan :
Pondok Dala - 10 Tahun - Haji Abdul Rahman B. Muhd. Irsyad
Pondok Perigi - 5 Tahun - Haji Wan Ismail B. Haji Ibrahim
Pondok Piak - 5 Tahun - Haji Husin Bin Haji Awang

SISTEM PEMBELAJARAN DAN MATAPELAJARAN YANG DIAJAR
Pengajian Umumi (pelajar diberi kebebasan memilih mata pelajaran yang hendak diikuti) Kitab-kitab Pondok

Terdapat kira-kira 100 orang pelajar pondok dan 100 penghuni keluarga

Sumber dan gambar dari http://muttaqim.blogspot.com/2009/10/ziarah-pasir-puteh-1.html


Madrasah Dakwah Islamiah
Pondok Seri Permai Seligi
Kg Permatang Sungkai
16800 Pasir Puteh
Tel 012-9528801 Ustaz Arfan

Sumber Blog E Pondok http://epondok.wordpress.com/2009/11/09/telefon-perhubungan-pondok-ahli-pppb/

Tiada ulasan: