KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20091108

Camne orang Senawang tak marah kat kerajaan




Macamana rakyat tak marah, jalan berlubang hampir separuh jalan dah hampir 2 bulan tidak dibaiki. Jalan pula jalan utama di Senawang, iaitu Persiaran Senawang 2 depan Taman Kemuning.

Setakat 6 November 2009 jalan berlubang yang runtuh hampir separuh jalan masih belum dibaiki. Entah berapa kali ada kemalangan atau hampir kemalangan tak tahulah.

Dalam akhbar dah dilapor pada 18 Sep 2009. Pada wakil rakyat YB Hj Mohamad Taufek ADUN Paroi (AJK PAS Pusat) dah dilapor, pada ahli parlimen Rembau YB Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO Malaysia) mungkin dah dilapor. Power-power semua tu. Tapi jalan tak juga repair-repair.

Ini bukan fitnah, ini kenyataan.


******************
Dari Blog ADUN Paroi http://mohdtaufek.blogspot.com/2009/09/jalan-berlubang-undang-bahaya.html

Sinar Harian 18 Sep 2009

SENAWANG – Pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa segera membaiki jalan berlubang berhampiran Taman Kemuning dan Taman Senawang Jaya dekat sini yang dikhuatiri mengundang risiko kemalangan jalan raya di kawasan terbabit.

Jalan berlubang dipercayai disebabkan kerja mengorek longkang itu tidak ubah seperti perangkap maut yang boleh mengakibatkan kemalangan serius terutamanya kepada penunggang motosikal.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, sememangnya terdapat penghalang jalan diletakkan, namun ia merbahaya dan mengganggu lalu lintas terutama ketika waktu puncak memandangkan sebahagian jalan terpaksa ditutup disebabkan masalah berkenaan.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story4977224.asp

Tiada ulasan: