KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20091125

Cyber Cafe yang harus dicontohi di Rembau

Baru-baru ini teman saya di Rembau telah mengunjungi sebuah kedai komputer yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dari kursus komputer hinggalah ke perkhidmatan internet cyber cafe.

Pada saya kedai seumpama in harus mendapat liputan dan sokongan penuh media cetak, media elektronik, Jabatan Pelajaran, Jabatan Agama , Pihak Berkuasa Tenpatan dan PDRM.

Kalau saya tahu ada Cyber Cafe macam ni di Senawang, saya tak akan risau hantar anak saya ke kedai macam ini.

Ini adalah kerana pemilik kedai berkenaan tidak membenarkan pengunjung melayari internet yang mengandungi laman web lucah, juga tiada permainan video dihidangkan. Ianya lebih kepada kedai untuk pengunjung mencari ilmu, mencari ketenangan, mencari maklumat.

Kalaulah semua Cyber Cafe seluruh Malaysia boleh mencontohi kedai ini , alangkah baiknya. Berkuranganlah maslaah sosial di Malaysia , insyaAllah.

Maklumat kedai tersebut ialah seperti berikut :

Pusat Teknologi Gemilang
No. 9 Jalan TRP 1, Taman Rembau Permata,
71300 Rembau Negeri Sembilan.
Tel : 06-685 8495
Hp : 013-255 9515 (En Idris Salleh)
E-mail: gemilang2u2@gmail.com
Laman Blog http://gemilang2u2.blogspot.com

Tiada ulasan: