KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20091121

Demam Boikot 7 11 melanda Rembau


Kempen Boikot rangkaian kedai 7 Eleven selagi arak dijual kini melanda Rembau. Terkini Banner Boikot 7 Eleven terpampang di tepi jalan utama Rembau – Tampin.


Bukan setakat kedai yang menjual arak sahaja yang harus umat Islam boikot, tapi akhbar yang mengiklankan keputusan judi pun mesti di boikot seperti yang disarankan oleh Blog berikut http://pmbaj.blogspot.com


Yang mesti sokong usaha boikot ini ialah kaum wanita, kerana kaum wanita sering dizalimi oleh kaki botol dan tahi judi. Tak percaya baca laporan di bawah :


**************************************

JPW pandang serius kes isteri ditinggal suami


JELEBU 19 Nov. - Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) negeri memandang serius kes wanita yang terpaksa mengambil alih tugas menjadi ketua keluarga sedangkan kebanyakan mereka tidak bekerja.


Pengarahnya, Norhafiza Halim Faisal berkata, lebih malang lagi apabila tugas itu dipikul oleh wanita berkenaan seorang diri tanpa ada bantuan daripada sesiapa, sedangkan suaminya masih ada.


''SELAIN ITU JPW JUGA MENGESAN TERDAPAT SUAMI KAKI JUDI DAN PENAGIH DADAH.


''Suami begini sering menjadikan isteri sebagai mangsa keganasan dan meninggalkan tanggungjawab membimbing keluarga seorang diri," katanya di sini, hari ini.


Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_06.htm

Tiada ulasan: