KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20091103

Blog fitnah kerajaan Negeri Sembilan

Kerajaan N.Sembilan akan menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau kewujudan laman web dan blog yang menabur fitnah untuk menjatuhkan kredibiliti kerajaan menurut laporan akhbar Utusan Malaysia 3 Nov 09.


Komen penulis :

Penubuhan pasukan khas sepatutnya diambil manafaat oleh para blogger di N.Sembilan ini untuk menyiarkan berita setempat yang memaparkan masalah rakyat, keluhan penduduk, program ceramah setempat dan sebagainya.


Etika penulisan dalam blog haruslah dijaga. Penulis blog bertanggungjawab terhadap apa yang mereka tulis. Dapatkan fakta dan foto sebaik mungkin.


Laporkan berita yang boleh memberi manafaat setempat seperti jalan rosak yang lama tidak dibaiki, keluarga daif yang tidak mendapat bantuan kerajaan dan orang ramai, pelajar miskin pintar yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran , graduan yang susah mendapat pekerjaan, cyber cafe yang beroperasi tanpa kawalan dan banyak lagi.


Pasukan khas ini juga harus diperluaskan skop mereka bukan setakat memantau blog yang menabur fitnah. Pasukan khas ini sepatutnya juga memantau laman web lucah , cyber cafe yang membiarkan pengunjung melayari laman web lucah dan mengandungi permainan interaktif yang ganas, memberi kesedaran kepada para remaja mengenai jenayah siber terutama remaja perempuan yang boleh terjebak ke lembah pelacuran dan pengedaran melalui Facebook dan sebagainya, kegiatan perjudian melalui internet, ajaran sesat dalam laman web dan blog dan banyak lagi skop-skop yang boleh diperincikan untuk pasukan khas ini.


Semoga dengan adanya pasukan khas ini akan memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada graduan-graduan IT dari N.Sembilan.


Buat permulaan pasukan khas ini boleh memantau blog-blog di bawah ini dan memberi penarafan samada blog-blog ini mengandungi banyak artikel fitnah, artikel bermanafaat, artikel melalaikan, artikel ajaran sesat dan sebagainya untuk dijadikan panduan para pelayar internet di N.Sembilan.


Sebahagian senarai blogger N.Sembilan :

http://waghih.blogspot.com Rozmal bin Malakan (penulis)

http://mohdtaufek.blogspot.com YB Hj Mohamad Taufek , ADUN Paroi

http://aminuddinharun.blogspot.com YB Hj Aminuddin , ADUN Sikamat

http://rashidlatiff.blogspot.com YB Rashid , ADUN Ampangan

http://telokkemang.blogspot.com YB Dato Kamarul , Ahli Parlimen Telok Kemang

http://chegubard.blogspot.com Chegubard

http://lokesiewfook.blogspot.com YB Loke, Ahli Parlimen Rasah

http://pasns.blogspot.com PAS N.Sembilan

http://rembau-hari-ini.blogspot.com PAS Rembau

http://amkns.blogspot.com Anak Muda Kampung

http://yksn9.blogspot.com Cikgu Adnan

http://surau-alhidayah-bwp.blogspot.com Ustaz Kamal

http://hambalialorstari.blogspot.com Ustaz Hambali

http://inijalanku.wordpress.com Ustaz Abdul Halim Abdullah

http://lobai-kampung.blogspot.com Ustaz Norazman

http://usthjhishamuddinmansor.blogspot.com Ustaz Hishamuddin

http://wannordinwanyaacob.blogspot.com Wan Nordin

http://orangklawang.blogspot.com Saiful Bahari

http://jamaljaafar.blogspot.com Pak Din Senawang

http://czackpy.blogspot.com Zakaria Sheikh Othman

http://maarofkassim.blogspot.com Maarof Kassim

http://paneh.blogspot.com Paneh Miang

http://kopilah.blogspot.com Kopilah

http://tpnns.blogspot.com Tampin

http://nurmutiara.blogspot.com Norwani

http://atriza.blogspot.com Atriza

http://2uzulfa.blogspot.com Dr Faridah

**************************

Tubuh pasukan pantau web, blog


Utusan Malaysia 3 Nov 09

SEREMBAN 2 Nov. - Kerajaan negeri akan menubuhkan satu pasukan khas bagi memantau kewujudan laman web dan blog yang menabur fitnah untuk menjatuhkan kredibiliti kerajaan.


Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah itu perlu dilaksanakan bagi memantau, menafi dan memperbetulkan fakta terhadap tuduhan liar dan pembohongan yang dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab.

''Sudah tiba masanya kita menjawab segala isu dan memberi penerangan terhadap orang ramai atas segala pembohongan, fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap kerajaan.


''Meskipun ia tidak benar, kalau pembohongan ini dilakukan sampai sepuluh kali, lama kelamaan ia akan menjadi kenyataan sehingga membuatkan orang ramai terpedaya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan di pekarangan Wisma Negeri di sini hari ini.


Menurutnya, penubuhan pasukan itu juga sedikit sebanyak disebabkan golongan muda masa kini lebih gemar berinteraksi dengan alam siber berbanding mendapatkan bahan daripada akhbar, radio atau televisyen.


''Kalau kita jawab menerusi media cetak dan elektronik, tidak semua orang baca akhbar, dengar radio mahupun menonton televisyen terutamanya generasi muda yang kini lebih gemar mendapatkan bahan dari alam siber.


''Sebagai contoh isu air apabila ada pihak yang mendakwa kerajaan negeri menswastakan Jabatan Bekalan Air (JBA) tetapi sebenarnya kita hanya memperbadankan agensi itu," jelasnya.


Mengulas tindakan yang akan diambil sekiranya ada pihak yang terus menabur fitnah menerusi laman web, Mohamad memberitahu, tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang terlibat.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm

Tiada ulasan: