KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20091117

Kg Penajis, N.Sembilan patut ditukar ejaan


Di Negeri Sembilan berhampiran dengan kampung kelahiran saya iaitu di Kota ada sebuah kampung bernama Kampung Penajis. Walaupun ejaannya Penajis tetapi loghat Negeri Sembilan disebut Penajeh.


Sejarah bermulanya kerajaan Negeri Sembilan ialah di Kampung Penajis dimana Raja Melewar yang berasal dari Minangkabau telah ditabalkan sebagai Yam Tuan Besar Negeri Sembilan yang pertama pada tahun 1773 oleh Datuk-Datuk Penghulu Luak di Kampung Penajis, Rembau.


Begitu signifikan sekali Penajis di Negeri Sembilan ini. Tapi nama Kampung Penajis seakan-akan tenggelam. Mungkin ada pihak yang malu untuk mempromosikan nama Kampung Penajis dan kaitannya dengan pembentukan awal kerajaan Negeri Sembilan.


Kenapa ianya diberi nama Penajis atau asal usul Penajis tidaklah diketahui umum. Akan tetapi menurut bahasa Sanskrit Tajeh berasal dari suku kata Taj yang bermaksud mahkota. Barangkali Penajeh bermaksud orang yang memakai mahkota atau orang yang dimahkotakan.


Sehubungan dengan itu kerajaan Negeri Sembilan , pakar-pakar sejarah di Negeri Sembilan , ketua-ketua adat , Kementerian yang berkaitan haruslah mengkaji semula akan kepentingan Kampung Penajis dalam sistem pemerintahan raja berpelembagaan di negeri ini.


Malah adalah lebih baik Kampung Penajis ini bukannya ditukar nama, akan tetapi ditukar ejaan ke Kampung Penajeh melambangkan tempat Yam Tuan yang pertama dimahkotakan.


DAULAT TUANKU

Rozmal bin Malakan

Kampung Kota Pulau, Kota, Negeri Sembilan



Blog Sekolah Penajis http://pssskpenajis.blogspot.com , http://skpenajis.blogspot.com


Gambar Masjid Kg Penajis http://magnificentpicture.blogspot.com/2009/01/masjid-kampung-penajis.html


TAJ (tahzh)

Variations: Tajh, Taje, Tajeh, Tajee, Taji, Tahj

Gender: M

Origin: Sanskrit

Meaning: "crown"

Cool-sounding name reflecting the magnificence of the seventeenth-century Indian Taj Mahal.

http://nameberry.com/babyname/Taj

4 ulasan:

Unknown berkata...

Salam..

Den setuju bona namo tu ditukar dengan pronounciation orang tempatan PENAJEH.....

Semoga orang Rembau yang bijak pandai tu buka mata untuk menaikkan imej Rembau pada pandangan mata masyarakat Malaysia...

Tanpa Nama berkata...

Ini benar-benar menarik. Aku suka membacanya.

Tanpa Nama berkata...

pada pendapat saya, elok je ditukarkan nama kampung itu, seperti Batang Berjuntai dah ditukarkan pada Bestari Jaya, kan sedap didengar. Lagi pun zaman dah berubah x sama seperti dulu, sebutan, ejaan & makna dah lain maksudnye ~

peng9917 berkata...

Assalamualaikum. Tuan tahu di Penajeh ada keturunan raja yg di sumpah sampai seluruh istana dan segala hartanya tenggelam.

Tq