KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20091104

Pelarian Islam tak layak dapat zakat di Malaysia ?

Ahad 1 November 2009 hampir masuk waktu Asar di Surau Taman Alamanda, Senawang. Almaklumlah hari minggu kebiasaannya tidak ramai ke surau kerana ada yang balik kampung dan sebagainya. Hanya aku sorang, masuk surau nampak seorang remaja lelaki sedang terbaring dalam surau. Aku biarkan dia baring. Aku pun azan asar. Lepas azan tengok remaja tadi telah tiada, begnya masih ada. Ambil wudu barangkali.

Saya pun qamat dan remaja tadi sebagai makmum. Selesai solat dan doa aku perhatikan remaja tadi , dengan pakaian yang agak lusuh dan nampak keletihan.

Remaja tadi pada awalnya tidak berkata apa-apa, hanya setelah aku bertanya barulah dia bercakap. Umurnya sekitar 15 tahun, merupakan pelarian Islam Rohingya. Datang ke Malaysia ketika umur 8 tahun bersama ibunya. Mendapatkan kad pelarian yang sah dari UNHCR (aku minta kad untuk pengesahan). Ayahnya mati dibunuh di Myanmar. Datuknya seorang ulama, meninggal dunia di Myanmar sebab sakit tua sekitar usia 100 tahun.

Remaja tadi datang dari Kedah bersama makcik , jual buku agama dari rumah ke rumah sebagai sumber rezeki untuk adik-adiknya. Disebabkan status dia pelarian walaupun ada kad UNHCR , dia tidak dapat bekerja secara sah, tidak dapat belajar secara formal, hanya mengaji di madrasah pondok.

Menurutnya dia juga tidak layak mendapat bantuan Majlis Agama Islam dan Baitul Mal (tidak pasti lagi, aku perlu periksa dengan JAKIM dan Baitul Mal). Walaubagaimanapun adik-adiknya belajar di sekolah kerajaan kerana dilahirkan di Malaysia , jadinya ada surat beranak.

Remaja tadi ada saudara mara beberapa keluarga pelarian Islam Rohingya sekitar Seremban.

Sebelum berpisah aku beli daripada remaja tadi sebuah buku tauladan anak-anak soleh. Dia jual pada harga RM 13 , aku berikan RM 30.

Ketika memandu aku berfikir, sebenarnya tak berbaloi aku beri remaja tadi RM 30. Kerana disebabkan remaja tadi aku dapat solat berjemaah yang pahalanya 27 kali ganda lebih daripada solat sendirian, kalau tak ada remaja tadi , solat soranglah aku.

Sempena Idil Adha ini mungkin ada baiknya kita cari keluarga Islam Rohingya di sekeliling kita yang lebih memerlukan , dan mereka ini berada di beberapa bandar-bandar seluruh Malaysia.

Kadang-kadang nak derma ni kita berkira-kira sangat. Tapi kalau nak melabur sanggup pinjam keliling pinggang yang akhirnya pelaburan tadi lebur, dunia tak dapat, akhirat pun melepas.

Di bawah ini beberapa cerita mengenai pelarian Islam Rohingya di Malaysia


********************
Bantuan kepada Anak-anak Yatim Pelarian Rohingya
Bayangkan kalau kita beada di tempat mereka...Tidak dibenarkan bekerja,belajar di sekolah harian kerana status mereka sebagai pelarian...Jadi, apa pilihan yang mereka ada?

Kepada sesiapa yang ingin membantu boleh menghubungi Ustaz Hashim (019-2621 671) atau hubungi Muslim Aid 03-2288 1996 (Azmira). Untuk pengetahuan anda, sumbangan melalui Muslim Aid akan diberi pengecualian cukai (rujukan LHDN: 01/35/42/51/179-6.6487)
Sumber : http://mirazmira.blogspot.com/2009/06/bantuan-kepada-anak-anak-yatim-pelarian.html

********************
Rumah Anak Yatim Rohingya
Rumah Anak Yatim Rohinya di Selayang amat memerlukan bantuan anda. Tanpa bantuan kerajaan dan tidak mendaftar kerana mereka adalah pelarian. Buat masa ini, NGO dan bantuan orang ramai yang banyak membantu rumah anak yatim/miskin ini.

Penaung
Ustaz hafiz hashim bin qassim (pengetua)
hp: 019-2621671
Alamat no. 111-3, kompleks Pasar Borong, Jalan 2/3 A, km12 jalan Ipoh selayang, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur
Bantuan untuk anak yatim rohingga untuk sumbangan ac
bank islam no 14-069-02-008512-3
atas nama abdul Jalil b Ahmad
Sumber : http://rumahanakyatimrohingya.blogspot.com/

********************
Pelarian Rohingya di Bumi Malaysia
(Petikan artikel majalah Milenia Muslim keluaran Januari 2008)

Persoalan seumpama ini ditimbulkan apabila melihat kepada kesengsaraan dan penderitaan yang terpaksa dilalui oleh saudara Islam Rohingya yang menjadi pelarian di bumi Malaysia.

Kehidupan mereka yang amat daif kadang-kala tidak diberikan perhatian sewajarnya oleh masyarakat Islam kita yang hidup dalam serba kemewahan.

Terdapat lebih kurang 10 atau 12 ribu orang pelarian Muslim Rohingya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, ia menjadikan pelarian terperangkap dalam beberapa situasi seperti tidak mempunyai pekerjaan yang sah selain anak-anak mereka tidak diberikan akses kepada pendidikan. Begitu juga tiada kemudahan perubatan dan hospital sebagaimana yang dinikmati oleh warganegara.

Natijahnya, terdapat di antara mereka yang terpaksa bekerja sebagai pengemis untuk mencari sesuap nasi di samping meningkatnya masalah sosial yang sudah tentu akan merugikan semua pihak.

Penderitaan Muslim di Myanmar bermula pada 1982 lagi apabila secara tiba-tiba Muslim Rohingya diisytiharkan pendatang asing di negara sendiri. Muslim Rohingya ditindas melalui undang-undang “Burma Citizenship Law of 1982”. Oleh yang demikian, hak mereka dinafikan, malahan ada yang ditangkap, dipukul dan pelbagai kekejaman lain yang dikenakan kepada mereka.
Sumber : http://www.donateforummah.com/2008/03/adakah-pengemis-di-malaysia-diurus-oleh.html

********************
Pengalaman seorang sahabat ketika menziarahi rumah anak yatim pelarian rohingya selayang
Sumber : http://ar-rahmanw.blogspot.com/2009/10/rumah-anak-yatim-pelarian-rohingya.html

1 ulasan:

rahmanw berkata...

salam....
alhamdulillah.....semoga ALLAH mempermudahkan usaha kita untuk membantu anak2 pelarian rohingya ni....
saya juga dalam usaha untuk menubuhkan satu kumpulan sukarelawan untuk membantu anak2 rohingya di selayang....
doakan agar ALLAH permudahkan usaha bersama....
AMINNN......