20110424

Cendol Power Ori di Senawang, memang kauw


Baru-baru ni jumpa satu port baru cendol di satu taman perumahan di Senawang. Gerai biasa saja, tak canggih, tapi cendol dia memang power. Mula-mula beli bungkus bawa balik rumah makan dengan famili. Lepas tu semalam makan di gerai abang cendol ni dengan anak. Sempatlah berborak rahsia cendolnya.

Mula-mula tanya, cendol ni abang buat sendiri ke? Dia kata ya, dia buat sendiri kat rumah, terletak seberang jalan dengan gerainya. Gula, dia guna gula enau, santan pun kelapa dia parut dan perah sendiri. Patutlah power, lain dari tempat lain dari yang saya rasa. Cendol pula dia tak guna pewarna, dia guna sepenuhnya daun pandan. Daun pandan pun dia tanam belakang rumah.

Abang tu kata lagi, sesiapa nak berniaga cendol nak belajar boleh datang rumah dia, satu hari secara tertutup. Dia akan turunkan semua ilmu dan rahsia, dan tiada pengeras. Cuma satu saja syaratnya. Kalau nak berniaga, jangan berniaga dekat dengan gerai dia.

Abang cendol ni, jual cendol untuk cari rezeki, bukan nak kaya raya agaknya. Kalau dia nak kaya raya, rasanya dah lama dia kaya. Tapi dia bersyukur dengan cara dia.

Satu lagi ais dia bukan ais ketul, dia sagat guna mesin pusing dengan tangan , bukan elektrik, itu yang lagi kauw cendolnya.

Kat mana cendol abang ni? Tak boleh beritahu dalam laman web, nanti ramai sangat serbu gerai dia nanti. Saya nak beli pula manjang habis je stoknya. Semalam pun dia dah buat 3 round, pukul 3 dah habis.

Nak tahu mana abang ni jual cendol boleh SMS atau e-mel pada saya.

Semoga lebih ramai lagi orang kita , gigih, ikhlas macam abang cendol ni.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bang senawang 2 kat area mana? teringin gak nak rasa bila balik kampung nanti...