Setiap 5 orang ada seorang gila di Malaysia ini, dan gejala sakit mental makin serius di Malaysia di mana Khutbah Jumaat adalah medan terbaik untuk menyedarkan masyarakat. Ubahlah konsep khutbah Jumaat, sepatutnya Berkhutbah bukan Membaca Teks Khutbah. Jabatan Agama bukan main lagi pantau khatib yang tak baca teks khutbah yang Halal tetapi tidak memantau ramai orang gila, mualaf pula tu yang tertekan hingga hendak membunuh diri di Negeri Sembilan.
Analisis isu setiap 5 orang ada 1 orang sakit mental di Malaysia di http://waghih.blogspot.com/2011/03/lelaki-gila-rempuh-masjid-dan-khutbah.html
Tertekan ditinggalkan isteri
Sinar Harian 3 April 2011
KUALA PILAH – Episod duka menyelubungi seorang bapa tunggal setelah ditinggalkan isteri sejak 2001 dan kini terpaksa menjaga lima anaknya secara sendirian.
Akibat dari itu dia mengalami kemurungan yang disebabkan tekanan hidup hingga bertindak drastik cuba membunuh diri dan mencederakan dirinya sebanyak enam kali.
Osman Nathan Abdullah, 47, seorang mualaf kini menguruskan sendiri anaknya termasuk menghantar anak ke sekolah di samping perlu melakukan kerja rumah.
"Saya tiada tempat untuk mengadu dan perasaan negatif mendorong saya melakukan perkara di luar batasan.
"Saya pernah menelan racun tikus dan menelan pil dalam kuantiti yang banyak. Malah, saya juga pernah cuba untuk terjun bangunan dan Allah SWT masih menyayangi saya untuk terus tabah meneruskan hidup," katanya yang pernah memasuki hospital di sekitar Segamat, Seremban dan Kuala Pilah.
Menurutnya, pengalaman berada di Wad Psikiatri memberi seribu kenangan yang sukar dilupakan.
"Sepanjang berada di sana, saya hanya diberikan ubat tanpa menerima bimbingan kaunseling mahupun aktiviti yang mampu mengurangkan tekanan.
"Oleh kerana itu saya masih bersikap negatif lalu mendorong mencederakan diri dengan mengelar tangan. Saya tidak berasa sakit kerana tindakan itu melegakan sekali gus menghilangkan tekanan," katanya.
Sehubungan dengan itu, Osman mengakui kurangnya pendedahan mahupun maklumat mengenai penyakit kurang siuman dan kemurungan menyebabkan stigma masyarakat masih lagi di tahap rendah.
"Kebanyakan individu yang ditemui menganggap saya orang gila yang boleh mencederakan sesiapa sahaja. Sedangkan saya hanya mengalami kemurungan dan tidak akan mencederakan orang lain selain diri sendiri.
"Stiga masyarakat sebegini hanya menambahkan lagi tekanan kepada saya. Bagaimana saya hendak pulih sekiranya semua orang di sekeliling memandang sinis kepada saya," katanya.
Justeru itu, Osman amat berharap agar mana-mana pihak dapat memahami penyakit kemurungan ini malah tidak memberikan tanggapan negatif terhadap golongan tersebut.
"Selain itu, saya juga berharap agar pihak hospital mahukan badan bukan kerajaan (NGO) dapat memberi perhatian terhadap nasib golongan seperti ini agar tidak tersisih.
"Kami bukan hanya mahukan ubat tetapi inginkan tempat meluahkan perasaan bagi mengurangkan rasa tekanan sekali gus mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi," katanya yang pernah menghantar surat aduan kepada salah sebuah hospital dekat sini.
http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8932664.asp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan