KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110419

Teringat bila saya masuk penjara di Amerika Syarikat





Apabila menonton ceramah, tazkirah, khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Suhaib Webb dalam Youtube teringat nostalgia silam saya lewat tahun 80an ketika saya serta seorang rakan Afro American masuk ke penjara negeri (state prison) di Amerika Syarikat. Tapi masuk penjara bukan atas kesalahan jenayah atau terorisma, hanya melawat sambil berdakwah mengunjungi saudara-saudara se Islam yang dipenjarakan di sebuah negeri di bahagian Mid West, iaitu di Iowa.

Rata-rata banduan-banduan Islam ini sentiasa mengharapkan kunjungan orang luar, lebih-lebih lagi saudara se Islam sebagai rakan berkongsi masalah dan berkongsi ilmu, lebih-lebih lagi ilmu Al Quran.

Kepada pelajar-pelajar yang menuntut di US tu, kalau ada masa melawat Disneyland, Grand Canyon, Niagara Fall, sekali sekala cubalah buat lawatan ke penjara di sana.

Saya amat tertarik sekali dengan penyampaian ceramah dan khutbah Jumaat oleh Suhaib Webb yang begitu praktikal, menyentuh kalbu dan begitu mudah difahami.

Walaupun ilmu Suhaib Webb amat tinggi , beliau amat merendah diri, apabila bercakap dengan orang kebanyakan macam kita ini, ilmu yang disampaikan begitu mudah difahami.

Beliau memberi banyak panduan dan contoh yang amat sesuai dipraktikkan oleh setiap individu, gerakan Islam, NGO Islam, Pertubuhan Islam dan Parti Politik Islam yang selaras dengan apa yang ditunjukkan oleh Rasul SAW.

Antaranya ialah cerita sahabatnya di Miami, yang pada pagi Jumaat akan membuat roti sandwic dan diagihkan kepada golongan gelandangan di sana. Selang beberapa minggu kemudian ramai gelandangan yang beratur sambil menjerit THE MOSLEM ARE COMING, THE MOSLEM ARE COMING, lalu ada yang bertanya How Do You Know The Moslem are Coming, orang gelandangan tadi berkata They Are Bringing The Sandwich. Mudah bukan, dakwah dengan Sandwic.

Dalam satu cerita lain , Suhaib memerhatikan sekumpulan orang Islam sedang berbincang dalam sebuah restoran mengenai teori konspirasi, iluminati, zionisma, logo Zionis pada matawang Amerika. Lalu ditegur oleh Suhaib, kamu makan lazat-lazat dalam restoran ini, tapi kamu perhatikan tak diluar tingkap restoran ini ada orang yang tidak berumah yang sedang kelaparan memerhatikan kamu?

Dalam satu ceramahnya yang lain mengenai bab Fitnah akhir zaman ialah golongan yang berilmu yang bermegah dengan ilmu yang ada padanya. Suhaib mengatakan salah seorang Tok Gurunya yang begitu merendah diri di Timur Tengah merupakan seorang Ulama yang berusia 99 tahun yang hafal begitu banyak hadith, hafaz Quran, sudah membaca begitu banyak kitab, tapi berpesan kepada anaknya, kalau pergi ke Amerika nanti carikan satu lagi tajuk buku yang dia ingin baca.

Kemudian dalam tragedi Tsunami di Acheh, Suhaib menceritakan selepas Tsunami ada jemaah di Acheh terpaksa berenang untuk solat subuh berjemaah di masjid. Takkan kita di US yang ada Lexus SUV tak boleh nak solat subuh berjemaah.

Di penghujung khutbah Jumaat , Suhaib akan berdoa mengenai isu semasa dan masyarakat. Antara doanya ialah semoga Allah merapatkan hubungan dan kemesraan suami isteri, kalau ada suami isteri yang nak bercerai, dia mohon kepada Allah agar tidak jadi bercerai. Dia berdoa lagi kalau ada anak-anak yang lari dari rumah, beliau berdoa agar anak-anak tadi kembalilah ke pangkuan ibu bapa mereka, dan banyak lagi doa yang menyentuh perasaan dan menitiskan air mata.

Bandingkan dengan kita di sini, khutbah Jumaat kita di sini, doa di hujung khutbah Jumaat kita di sini.

Siapakah Suhaib Webb ini ? Saya ada tulis sedikit sebelum ini mengenai siapa Suhaib Webb di http://waghih.blogspot.com/2011/04/para-khatib-di-malaysia-patut-malu.html

Tiada ulasan: