KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110423

Gajah mengamuk rosakkan masjid di Pahang, apa tandanya?

Pada bulan Julai 2009 gajah di Jelebu telah beri amaran akan berlaku banjir besar di Jelebu. Tidak lama kemudian banjir besar melanda Jelebu. Kini di Pahang gajah-gajah liar mengamuk hingga merosakkan sebahagian masjid di Temerloh. Apakah tandanya? Sebelum Tsunami besar di Acheh, binatang liar dan ternak telah terlebih dahulu lari ke tanah tinggi menyelamatkan diri.

Kisah amukan gajah di Jelebu di http://pasns.blogspot.com/2009/07/gajah-di-jelebu-beri-amaran-akan.html

Gajah liar rosakkan masjid

TEMERLOH 22 April - Sumber pendapatan kira-kira 300 penduduk Kampung Jeram Landak, Jerantut terjejas apabila mereka tidak berani keluar menoreh getah berikutan bimbang diserang sekumpulan gajah liar sejak beberapa hari lalu.

Lebih membimbangkan, sekumpulan kira-kira lima ekor gajah liar itu semakin berani sehingga memasuki pekarangan masjid dan memusnahkan bahagian dapur rumah ibadat itu malam semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jeram Landak, Isa Mohd. Yusoff mendakwa, kumpulan gajah itu memusnahkan peralatan memasak termasuk pinggan mangkuk di masjid tersebut.

''Ancaman gajah liar menceroboh kawasan kebun penduduk telah beberapa kali berlaku sebelum ini tetapi kali ini haiwan itu bertindak lebih ganas apabila menceroboh kawasan masjid.

''Penduduk takut ke kebun untuk menoreh getah dalam dua atau tiga hari ini kerana bimbang bertembung haiwan tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Isa, pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sedang memburu dan menghalau haiwan itu ke dalam hutan di seberang sungai kampung tersebut hari ini.

Katanya, penduduk berharap, Perhilitan dapat menangkap dan memindahkan haiwan itu kerana ia boleh mengancam keselamatan penduduk.

''Kami berterima kasih kerana kecekapan anggota Perhilitan mengambil tindakan pantas menghalau haiwan itu ke dalam hutan semula," ujarnya.

Dia percaya haiwan itu kini berada di kawasan habitatnya di seberang Sungai Jelai berhampiran kampung itu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_05.htm

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nuklear dan radioaktif agaknya

Tanpa Nama berkata...

nuklear dan radioaktif agaknya