KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110425

Pemulihan Dadah Pusat Serenti Gagal?



Sabtu lepas 23 April 2011 kami berborak dengan seorang pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Lalu bertanya, banyak ke buat operasi menangkap penagih dadah sekarang. Kata pegawai AADK tadi, sekarang dah tak buat operasi. Lebih kepada pendekatan mesra dengan para penagih dadah. Kalau ada penagih dadah yang masuk pusat pemulihan, mereka boleh keluar bila-bila masa kalau rasa tidak mahu dipulihkan.

AADK beri tumpuan kepada mereka yang ada komitmen untuk bebas dari najis dadah. Beri kaunseling, dan khidmat nasihat. Bukan lagi macam dulu, operasi, tangkap, masuk Pusat Serenti.

Kalau penagih ada yang terlalu gian, pegawai AADK ini akan tunjukkan cara bagaimana untuk mencucuk dadah yang dapat mengurangkan risiko.

Adakah ini bermakna setelah bertahun-tahun kita mewujudkan Pusat Serenti, ianya Gagal? Kalau ada yang pulih, jumlahnya terlalu sedikit?

Ini bermakna, semua pihak perlu memainkan peranan untuk membanteras dan memulihkan penagih dadah. Jiran tetangga, sanak saudara, jiran tetangga, surau, masjid, KHUTBAH JUMAAT perlu realistik menghadapi cabaran baru ini.

Tidak pernah saya dengar Khutbah Jumaat, para khatib berdoa, Ya Allah, masalah dadah di Malaysia ini, terutama di kalangan orang Melayu semakin serius Ya Allah. Ya Allah, Kau bantulah kami dalam usaha untuk membanteras masalah penagihan dadah dan memulihkan penagih dadah ini Ya Allah.

Artikel saya sebelum ini para Khatib Khutbah Jumaat terutama Menteri JAKIM patut belajar dari seorang Mat Saleh Inggeris cara berkhutbah pada pautan berikut di http://waghih.blogspot.com/2011/04/para-khatib-di-malaysia-patut-malu.html

Melayu, Menang Sorak, Kampung Tergadai !

Jumaat Jun 25, 2010
AADK Perkenal Klinik Pemulihan Berkonsep Terbuka Di Puspen Sungai Besi

PUTRAJAYA: Sebagai pendekatan baru menangani gejala penyalahgunaan dadah, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) memperkenalkan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) berkonsep terbuka yang diberi nama Klinik Pemulihan dan Prihatin 1Malaysia di Puspen Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Hishammuddin berkata jika sebelum ini penagih hanya dimasukkan ke Puspen melalui tangkapan dan keputusan mahkamah, kini dengan pembukaan klinik tersebut, individu yang mempunyai masalah ketagihan dadah atau ubat-ubatan boleh tampil secara sukarela untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan.
http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2010/6/25/mstar_berita/20100625172523

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pegawai AADK ini akan tunjukkan cara bagaimana untuk mencucuk dadah yang dapat mengurangkan risiko? tak betul tu..yang bercakap tu bukan pegawai...

yang ada adalah program terapi dadah gantian metadon..ini projek KKM bukan AADK..

Operasi masih berjalan tapi kurang..

mengapa masalah dadah masih berlaku walaupon dah masuk pusat pemulihan??

banyak jawapannya..nak ulas berjela2.semua pihak kena bertanggungjawab, ada peranan..

Tanpa Nama berkata...

jangan meletakan kesalahan mana2 pihak tentang masalah kepulihan dadah dalam masyarakat kita, usah kita menunding jari kepada pihak yang berusaha untuk memberi khidmat berkaitan dadah. tuan ambil satu contoh tabiat merokok, pihak yang berwajib menyatakan fatwa haram merokok, ada tak dikalangan kita yang ikut berhenti.. kita hanya mampu menyalahkan.. tuan tahu ke susah senang nak berhenti.. kalau berhenti pun adakah akan terus berhenti merokok? satu hari nanti dia akan tetap merokok tanpa dia minta, ini sekadar contoh.. begitu juga penagih dadah, sekiranya 1 pihak berwajib memberi peranan tentang kepulihan dadah, adakah masyarakat akan memberi peluang dan menerima dengan baik golongan penagih.. adakah keluarga akan menerima dengan baik walaupun sudah berpuluh2 kali anak mereka menagih semula. cubalah bg peluang.. kerana penagihan adalah 1 penyakit yang menggangu akal dan fikiran.. maaf sekiranya saya silap.. ini sekadar perkongsian..