KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20110420

Keluhan Jurutera Inovasi Melayu yang terpinggir



20 Apr 2011 - Menonton siri Howe and Howe Tech di saluran Discovery kita terdedah tentang kreativiti dua beradik kembar Micheal dan Geoffrey Howe berinovasi. Mereka menghasilkan kenderaan ekstrem termasuk bagi kegunaan tentera.

Idea dan inovasi mereka diterjemahkan kepada penghasilan produk unik yang kemudiannya di tempah untuk kegunaan pelbagai pihak terutama tentera Amerika Syarikat. Siri itu secara tidak langsung turut mengajar kita bahawa sesuatu inovasi hanya akan berjaya jika ada sokongan.

Hoverkraf ciptaan Zulkifli misalnya, yang jauh lebih murah dan cukup mudah diselenggara mungkin sesuai untuk kegunaan Jabatan Bomba dan Penyelamat mahupun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kini sedang meninjau-ninjau untuk membeli kemudahan seperti itu.

Hoverkraf itu amat mudah dan praktikal. Ia menggunakan bahan-bahan yang senang diperolehi termasuk enjin kereta biasa berkuasa 1,600 kuasa kuda. Ia juga berfungsi dengan baik setelah diuji. Malah setanding dengan yang dicipta syarikat-syarikat besar dari luar negara.

Sekiranya Zulkifli berada pada kedudukan adik beradik Howe itu, sudah tentu dia telah ditawarkan kontrak bernilai jutaan ringgit. Tetapi, situasi itu jarang berlaku di negara ini. Reka cipta tempatan belum mendapat pengiktirafan setinggi dan sebesar itu.
Hingga kini selepas lebih 30 tahun berinovasi, Zulkifli telah menghasilkan hampir 1,000 produk. Kebanyakan dicipta dan dibina untuk kepuasan peribadi dan bagi memenuhi keperluan orang tertentu.

Daripada hampir 1,000 ciptaannya itu, tidak ada satupun yang dikeluarkan secara komersial. Juga, tidak ada satupun yang ditawarkan kontrak untuk dibekalkan secara besar-besaran.

Yang menjadi persoalan sekarang kenapa tidak ada pihak yang tampil untuk memberi nilai kepada pelbagai produk inovasi tempatan ini? Kenapa agensi-agensi kerajaan terutamanya agak keberatan untuk menyokong idea-idea yang diketengahkan itu supaya ia bukan sahaja membudayakan inovasi di negara ini, tetapi pada masa sama mampu membantu negara menghasilkan produk yang inovatif.

Sedangkan di Barat, Jepun dan Korea inovasi amat dihargai. Mereka yang bergelar pereka cipta atau inovator pasti menjadi billionaire. Syarikat-syarikat multinasional ternanti-nanti ciptaan golongan itu. Sama ada untuk kegunaan khusus atau bagi tujuan komersial.

Kerajaan pula akan mengutamakan ciptaan-ciptaan tempatan terlebih dahulu untuk digunakan oleh agensi-agensinya. TETAPI, DI MALAYSIA INOVASI DAN IDEA KREATIF CIPTAAN TEMPATAN SUKAR MENDAPAT PENGHARGAAN.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm

1 ulasan:

Unknown berkata...

hmm...
betul jgk apa yg dikatakan oleh beliau tapi biarlah berjuang utk semua. maksudnya berjuang utk pencipta2 melayu yg lain.

saya rasa banyak pencipta2 yg telah dilahirkan oleh universiti2 kita tapi bakat mereka semua terabai. Berapa banyak paper yg telah dihasilkan oleh pencipta2 kita di universiti tapi satu pun tidak diketengakan oleh sesiapapun termasuklah universiti sendiri.

Zul hendaklah berdiri bersama mereka dalam satu persatuan dan berjuang bersama untuk kepentingan negara dan tidak mensia-siakan bakat mereka. Jika beliau menubuhkan persatuan tersebut mungkin sy adalah org pertama utk berjuang bersama.

Entry terbaru : Buat duit dengan Facebook!!! betul ke atau omong-omong?