KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20111019

Institusi keluarga di Malaysia makin hancur, ini buktinya



Institusi Islam kita makin canggih, kita ada JAKIM, ada Majlis Agama Negeri, ada KAGAT. Di Negeri Sembilan pula tak lama lagi ada Menara MAINS, banyak masjid cantik dan bertingkat-tingkat. Kursus perkahwinan pun makin banyak dan mantap. Majlis perkahwinan, hantaran dan persandingan pun makin hebat. Tetapi di mana silapnya?

Adakah ianya berpunca dari 12 juta orang Melayu yang setiap hari meruntuhkan agama Islam itu sendiri seperti yang saya tulis sebelum ini di http://waghih.blogspot.com/2011/10/12-juta-melayu-meruntuhkan-agama-islam.html

77 kes cerai setiap hari
Kosmo 19 Okt 2011

KUALA LUMPUR - Masalah keruntuhan institusi keluarga Islam di negara ini semakin menjadi-jadi apabila rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati, sebanyak 28,035 pasangan bercerai sepanjang tahun lalu.

Statistik itu bermakna, secara purata 77 kes perceraian sehari atau tiga kes bagi setiap jam didaftarkan di Malaysia berbanding 135,548 pasangan yang berkahwin tahun lalu.

Angka itu mencatatkan peningkatan 144 kes berbanding 27,891 pasangan yang bercerai sepanjang tahun 2009.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim ketika dihubungi semalam mengakui, sekali pandang jumlah kes perceraian pasangan Islam cukup tinggi dan membimbangkan.

Katanya, kebanyakan daripada perceraian itu berlaku selepas pasangan terbabit gagal mencapai persefahaman yang sepatutnya wujud di antara suami isteri.

Beliau bagaimanapun berpendapat, walaupun kes perceraian ditegah dalam Islam, ada pihak mungkin melihatnya dari perspektif yang berbeza.

“Sekali pandang bilangan kes perceraian memang tinggi tetapi kita juga perlu melihatnya daripada sudut lebih positif.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1019&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

Tiada ulasan: