KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120322

Fenomena gadis hilang serta culik di Malaysia



Berita kehilangan anak gadis di Malaysia ketika ini semakin mendapat perhatian. Tidak kiralah samada anak gadis tersebut diculik atau lari dari rumah ianya adalah merupakan satu bencana dalam masyarakat kita. Dan bencana ini harus kita tangani bersama. Institusi kekeluargaan dan masyarakat harus diperkukuhkan untuk mengelakkan jenayah serta gejala lari dari rumah ini berleluasa.

Bagi kita umat Islam untuk mengukuhkan institusi keluarga perlu ditekankan aspek solat jemaah di kalangan ahli keluarga. Untuk mengukuhkan institusi masyarakat, solat jemaah di surau dan masjid perlu diperhebatkan.

Tempat yang terbaik untuk mengingatkan masyarakat ialah semasa khutbah Jumaat. Para khatib perlu diberi kuasa autonomi agar mereka menyediakan teks khutbah mereka sendiri seterusnya menghayati penyampaian khutbah Jumaat untuk menyedarkan masyarakat supaya bersama menangani bencana yang melanda negara ketika ini.

Lagi Gadis Dilaporkan Hilang Di Pahang

21 Mac , 2012 KUANTAN: Seorang lagi pelajar berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas keluar membeli kad tambah nilai telefon bimbit. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran, pelajar terbabit Nornabila Mat Yaacob didapati tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama seorang rakannya pada Isnin lepas di Jerantut.
http://mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2012/3/21/mstar_jenayah/20120321230608&sec=mstar_jenayah

Jangan salah sangka kejadian culik berleluasa: KPN

21 Mac , 2012 MELAKA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, meminta orang ramai tidak tersalah sangka seolah-olah kejadian culik berleluasa di negara ini sehingga keadaan tidak terkawal.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jangansalahsangkakejadianculikberleluasa_KPN/Article/

Tiada ulasan: