KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120317

Tiap hari kes bunuh, hanya Solat jalan Penyelamat


Tiap-tiap hari sekarang ini kita dengar kes bunuh, jenayah yang semakin kejam. Pendekatan cegah jenayah harus diteruskan oleh semua pihak. Yang paling penting kita umat Islam ialah seiringkan dengan pendekatan spiritual. Pastikan surau dan masjid di kariah kita, kejiranan kita dipenuhi dengan solat jemaah 5 waktu setiap hari, terutamanya solat Subuh. InsyaAllah, masjid dan surau di kawasan yang dipenuhi solat jemaah 5 waktu kita akan dapati kurang kes jenayah dan gejala sosial di kawasan tersebut, Yakinlah.

Wanita hamil maut ditikam di rumah

17/03/2012

KUALA LUMPUR - Seorang wanita ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di bahagian badan serta luka di tangan dipercayai dibunuh suaminya di ruang tamu rumah di Pangsapuri Permai, Sungai Besi di sini, semalam.

"Mangsa yang merupakan seorang pekerja swasta yang tinggal di pangsapuri berkenaan dalam tiga ke empat bulan lepas telah dibunuh di dalam rumah itu dan polis tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh suami mangsa.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0317&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_04.htm

Gadis parah terjun balkoni

17 Mac 2012

AMPANG JAYA - Tiga beradik perempuan yang bimbang akan diapa-apakan penjenayah bertindak nekad terjun dari balkoni tingkat dua rumah yang mereka diami hingga mengakibatkan dua parah dalam kejadian di Taman Nirwana di sini semalam.

Kejadian pukul 5 pagi itu menyebabkan Nurul Aishah Nik Othman, 18, cedera parah di kepala; Nurul Athirah, 19, patah kaki dan Nurul Adawiyah, 21, cedera ringan selepas mereka bertindak terjun sebaik menyedari rumah dipecah masuk penjenayah.

Rumah tersebut merupakan milik bekas Ketua Polis Selangor, Datuk Johar Che Din dan mangsa merupakan ahli keluarga menantu perempuan Johar. Johar tidak tinggal di situ dan sekarang menetap di Taman Tun Razak (TAR), di sini bersama isterinya, Datin Hapsah Mohd. Yunus, 60.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0317&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Tiada ulasan: