Azmi dari Senawang(bukan nama sebenar) saya kenal apabila ada sahabat saya perkenalkan dia kerana dia amat memerlukan bantuan ketika itu. Lalu dengan pertolongan Allah kita carilah sumbangan sekadar kemampuan kami. Dapatkan dia pekerjaan di sebuah syarikat swasta. Dia sudah 3 bulan tidak bekerja sebelum itu, syarikat lama dia bekerja sebelum ini mengecilkan operasi.
Apabila sudah 3 bulan tak bekerja, dan syarikat sebelum itu ada masalah kewangan, maka satu demi satu hutang dia bertambah, kereta, rumah, bil elektrik , air dan sebagainya. Rumah teres yang dibeli sekitar RM50,000 di Senawang baru dilelong dengan harga RM30,000 sedangkan bayaran dia tertunggak kepada bank termasuk denda dan duti peguam hanyalah sekitar RM7,000.
Dia pergi kerja guna kereta nasional tahun 90an. Itu pun dah berapa lama tak ada cukai jalan dan insuran kerana tak mampu. Dia ada motosikal, tapi ada dibengkel, tak mampu pula nak bayar duit baiki motosikal.
Bantuan Majlis Agama Islam adalah dapat dalam bentuk kupon makanan di Kedai 1Malaysia juga kupon beli baju sekolah anak.
Beberapa hari sebelum rumah dia dilelong, elektrik rumahnya dipotong, juga sebab tunggakan bil elektrik. Terpaksalah dia bayar beberapa ratus untuk sambung semula. Dah sambung elektrik, rumah pula kena lelong.
Duit RM500 BR1M dia kata belum dapat lagi, tapi nama dah naik. Tak tahulah pula bila nak dapat.
Sepanjang perkenalan saya dengan Azmi ini, dia tak pernah ambil kisah isu politik di Malaysia ini, isu Israel ke, isu liwat ke, isu APCO ke, isu lembu NFC ke.
Kenalan saya Azmi dan ramai lagi senasib dengan dia di seluruh Malaysia tak kisah apa tajuk buletin utama TV3 setiap malam. Apa yang mereka kisah ialah hidup mereka sekeluarga saban hari. Kais pagi pun tak boleh makan pagi, kais petang pun tak boleh makan petang sebab hingga kini tak mampu nak bayar road tax kereta dan macam-macam bil lagi.
Harga ikan melambung
Harian Metro 6 Mac 2012
BARU-baru ini, saya ke pasar raya untuk membeli beberapa barangan dapur, namun terkejut mendapati harga ikan dan makanan laut agak mahal berbanding sebelum ini.
Saya terkejut mendapati harga ikan cencaru dijual RM10 sekilogram berbanding RM4 sebelum ini, manakala ikan kembong yang dulu dijual RM6 kini mencecah RM20. Malah, sayur didapati agak mahal contohnya serai tidak lagi dijual 20 sen seikat tetapi kini RM1 seikat, cili merah pula tiga atau empat biji RM1.
Saya berharap pihak berkaitan memantau harga berkenaan bagi meringankan pendapatan isi rumah.
ANI - Ampang
TERIMA kasih atas aduan dikemukakan pengadu. Untuk makluman, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak mengawal harga ikan dan makanan laut.
KPDNKK bertanggungjawab mengawal harga makanan laut pada musim perayaan saja dan hanya beberapa jenis ikan.
Namun, pihak kami akan memberi notis tunjuk sebab kepada peniaga ingkar mengikut Akta Kawalan Harga dan MP Pencatutan.
ABU SAMAH SHABUDIN
Pengarah Pejabat KPDNKK Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/adu_metro_Hargaikanmelambung/Article/index_html

Tiada ulasan:
Catat Ulasan