KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120328

Mana nak hantar remaja terlanjur dan mengandung ni?



Saban hari saya dihujani panggilan telefon bertanyakan di mana hendak mencari rumah perlindungan untuk remaja perempuan yang bermasalah. Saya hanya boleh berikan mereka beberapa nombor telefon untuk dihubungi. Ini menunjukkan masalah ini adalah merupakan satu bala yang melanda Malaysia ketika ini.

Seperti yang saya katakan sebelum ini, selagi kita tidak dapat melaksanakan syariat Islam sepenuhnya, sebarang usaha untuk menyelamatkan remaja ini haruslah disokong oleh semua pihak dan individu.

Saya mendapat maklumat dari Puan Azlin Hezri isteri kepada Dr Dzulkifli Ahmad yang lebih dikenali sebagai Ibu Lin.

Ibu Lin adalah merupakan salah seorang sukarelawan Rumah Perlindungan Puteri Arafiah di Seksyen 7, Shah Alam.

Antara syarat kemasukan remaja bermasalah ke Rumah Perlindungan Puteri Arafiah ialah keluarga akan menempatkan anak mereka di sini sehingga bersalin (jika mengandung) dan sambung sehingga 2 tahun untuk menjalani pemulihan.

Ibu Lin boleh dihubungi di lin_hezri@yahoo.com , fb Azlin Hezri II, HP 0193603234

Maklumat lanjut di http://rumahputeriarafiah.blogspot.com/

Tiada ulasan: