"Adat Bersendikan Hukum. Hukum Bersendikan Kitab ALLAH. Syarak Mengata , Adat Menurut". ALLAH menjadikan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk kita saling kenal mengenal. Sebarang pertanyaan hubungi Rozmal bin Malakan , rozmal@yahoo.com , FB : Rozmal Malakan www.facebook.com/Rozmal
KASIH SAYANG
20120329
Lubuk panahan petir di Seremban
Diharapkan kementerian serta agensi berkaitan diberi kakitangan serta peruntukan yang secukupnya untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap aduan kes di bawah ini. Malaysia adalah antara negara tertinggi di dunia yang mendapat penahan petir seperti yang dilaporkan di http://kilatmalaysia.blogspot.com/
Penduduk bimbang Taman Zaiton Indah 'lubuk' petir, kilat
29 Mac 2012 : Penduduk di sekitar Taman Zaiton Indah, Ampangan, Seremban, agak risau tentang keselamatan keluarga mereka kerana di kawasan itu kerap menjadi sasaran petir dan kilat yang kadangkala mengeluarkan bunyi amat kuat seperti bom meletup diikuti dengan cahaya kilat berkilauan hingga masuk ke dalam rumah.
Dentuman kuat itu juga menyebabkan beberapa rumah penduduk mengalami kerosakan modem dan peralatan komputer.
Ada antara mereka yang mengeluh kerana dalam masa tiga bulan sahaja lebih daripada sebuah komputer rosak akibat panahan petir dan kilat.
Diharap pihak Jabatan Kaji Bumi atau Jabatan Kaji Cuaca atau mana-mana jabatan berkaitan memberikan kerjasama bagi menyiasat sama ada kilat yang kerap berlaku sehinggakan cahayanya masuk ke dalam rumah walaupun rumah bertutup rapat itu bahaya kepada penghuni ataupun tidak.
Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail
Ampangan, Seremban
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0329&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan