Pelajar maut dipanah petir - 17 Mac 2012 MELAKA - Hajat seorang pelajar tahun dua Kolej Universiti Islam Melaka, Kuala Sungai Baru, Alor Gajah menyertai rakan-rakannya untuk bermain bola sepak di stadium kolej berkenaan musnah apabila dia maut selepas dipanah petir kelmarin.
Kejadian pukul 6.30 petang itu bukan sahaja mengakibatkan pelajar semester empat Diploma Kejururawatan, Mohd. Ridwan Jamal, 20, maut, malah sembilan lagi rakannya yang berada berdekatan turut tercampak kira-kira satu meter. Bagaimanapun, mereka tidak cedera.
Difahamkan, kejadian berlaku ketika pelajar dari Taboh Naning, Alor Gajah itu baru sahaja melangkah masuk ke dalam padang untuk menyertai rakan-rakannya bermain bola sepak ketika hujan renyai-renyai.
***
Negara kita Malaysia adalah antara negara tertinggi di dunia yang menerima panahan petir.
Analisis isu ini dan beberapa laporan peristiwa panahan petir di Malaysia sebelum ini di http://kilatmalaysia.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan