KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120316

Rindu betul lama tak dengar Khutbah Jumaat yang ori


Jumaat 16 Mac 2012, saya solat Jumaat di Masjid at Taqwa di Batu Enam, Kuala Terengganu seperti kebiasaan bila saya ke Terengganu. Khatib naik mimbar, nampak gaya orang muda lagi. Tajuk khutbah ialah berkisar bulan Rabiul Awal, Maulid Nabi dan sayangi Rasulullah, tak ada pun sentuh isu politik kepartian. Khatib berkhutbah yang sebenarnya , bukannya membaca teks khutbah.

Dengan penuh semangat khatib menceritakan mengenai kisah sahabat Nabi saw, iaitu Abu Ubaidah Al Jarrah. Begitu menusuk kalbu khutbah yang dibaca oleh khatib, hingga sebak dada menahan air mata. Juga sebak dada menahan air mata merindukan bacaan khutbah yang sebegini.

Satu-satu masuk ke dalam telinga mengenai kisah Abu Ubaidah Al Jarrah ini, bagaimana beliau begitu kasihkan Nabi saw, kasihkan Allah, sehingga sanggup mematahkan kedua-dua gigi geraham kanan dan kiri kerana tidak mahu Abu Bakar as-Siddiq memotong rantai baju besi Nabi saw yang tersangkut pada pipi Nabi saw dengan menggunakan pedang.

Mula-mula sebak dada menahan sedih. Kemudian khatib membaca sebuah hadith dan mengulasnya dengan penuh semangat. Meremang bulu roma bila khatib membaca dan mengulas hadith tersebut, sampaikan rasa takut hendak menyimpan harta dan wang , jika tidak diinfakkan atau dibelanjakan di jalan Allah.

Iaitu hadith mengenai mereka yang menjadi hamba dirham, hamba dinar, hamba tempolok perut yang tak pernah cukup-cukup.

Allahhu Akbar. Bilalah masjid-masjid di seluruh Malaysia boleh melahirkan khatib-khatib yang boleh berkhutbah hingga menusuk kalbu seperti di Masjid At Taqwa Batu Enam ini?

Inilah antara khutbah Jumaat yang terbaik yang saya pernah dengar.


Utusan Malaysia 16 Feb 2011

Dilema Abu Ubaidah bunuh bapa sendiri

DALAM perang Badar banyak peristiwa yang menjadi iktibar dan pengajaran kepada semua. Antaranya ia menyaksikan majikan dibunuh oleh hambanya sendiri, seperti yang berlaku terhadap Bilal yang membunuh bekas majikannya, Umayyah bin Khalaf.

Selain itu, terdapat beberapa peristiwa yang melibatkan pembunuhan antara anak beranak (anak membunuh bapa), adik beradik dan saudara mara,

Antara peristiwa yang membabitkan pembunuhan bapa sendiri ialah bagaimana seorang sahabat baginda, Abu Ubaidah Al Jarrah yang terpaksa membunuh bapanya sendiri, Abdullah Al Jarrah.

Tetapi, ia bukan sesuatu yang disengajakan. Si anak tidak mempunyai pilihan setelah bapanya tetap menolak Islam walaupun puas dipujuk.

Dalam kes Abu Ubaidah, bapanya sendiri yang mencarinya sewaktu perang tersebut kerana Abdullah mahu membunuh anaknya itu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Pahlawan ISLAM Abu Ubaidah Al-Jarrah

Nama sebenarnya Amir bin Abdullah bin Al Jarrah bin Hilal Al Fihri Al Quraisy. Terkenal dengan nama Abu Ubaidah Al Jarrah. Beliau lahir di Mekah dari sebuah keluarga Quraisy yang terhormat. Keluarganya dari kalangan pedangang Arab. Beliau termasuk orang yang awal masuk Islam, selepas Abu Bakar as Siddiq.

Beliau salah seorang sahabat yang dijamin masuk Syurga. Berperawakan tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, selalu merendah diri dan amat pemalu. Kerana itu beliau disenangi oleh mereka yang mengenalinya.

Beliau termasuk orang yang pertama masuk Islam. Kehebatannya dapat kita ketahui melalui sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin al-Jarrah.”

Ketika dalam peperangan Uhud, tatkala pasukan muslimin kucar kacir dan banyak yang lari meninggalkan medan pertempuran, Abu Ubaidah berlari untuk mendapatkan Nabinya tanpa takut sedikit pun terhadap pihak lawan dan rintangan. Apabila didapati pipi Nabi terluka, iaitu terhujamnya dua rantai besi penutup kepala beliau, segera ia berusaha untuk mencabut rantai tersebut dari pipi Nabi S.A.W..

Abu Ubaidah mulai mencabut rantai tersebut dengan gigitan giginya. Rantai itu pun akhirnya terlepas dari pipi Rasulullah s.a.w.. Namun bersamaan dengan itu pula gigi seri Abu Ubaidah ikut terlepas dari tempatnya. Abu Ubaidah tidak putus asa. Diulanginya sekali lagi untuk mengigit rantai besi satunya yang masih menancap dipipi Rasulullah s.a.w. hingga terlepas. Dan kali ini pun harus juga diikuti dengan lepasnya gigi Abu Ubaidah sehingga dua gigi depan sahabat ini rongak kerananya. Sungguh, satu keberanian dan pengorbanan yang tak ternilai.

Sumber : Kitab Sirah Rasulullah, 75 gambaran kehidupan sahabat, 10 sahabat yang dijanjikan syurga.

http://education-af.blogspot.com/2010/04/pahlawan-islam-abu-ubaidah-al-jarrah.html

Dalam shoheh Bukhori dari Abu Hurairah, Rasulullah

Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :

“Celaka hamba dinar, celaka hamba dirham, celaka hamba khomishoh, celaka hamba khomilah([1]), jika diberi ia senang, dan jika tidak diberi ia marah, celakalah ia dan tersungkurlah ia, apabila terkena duri semoga tidak bisa mencabutnya, berbahagialah seorang hamba yang memacu kudanya (berjihad dijalan Allah), dengan kusut rambutnya, dan berdebu kedua kakinya, bila ia ditugaskan sebagai penjaga, dia setia berada di pos penjagaan, dan bila ditugaskan digaris belakang, dia akan tetap setia digaris belakang, jika ia minta izin (untuk menemui raja atau penguasa) tidak diperkenankan([2]), dan jika bertindak sebagai pemberi syafa’at (sebagai perantara) maka tidak diterima syafaatnya (perantaraannya)”.

http://sabdaislam.wordpress.com/page/470/

Tiada ulasan: