KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120329

Perlukah Permohonan UPU lepasan SPM dilanjutkan selepas 2 April 2012?



Pada 27 Mac 2012 anak saya yang mengambil SPM 2011 telah mengisi permohonan ke IPTA secara online melalui UPU iaitu Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar atau lebih dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Pada mulanya terkial-kial juga anak saya nak isi borang online ni.

Akhirnya saya terpaksa membantu. Saya pun pening kepala juga mulanya tengok anak saya isi borang ni. Kena baca dulu prosedurnya satu demi satu. Masuk macam-macam data, lepas tu semak apa bidang yang boleh, semak pula apa IPTA yang tawarkan kursus yang boleh diambil. Akhirnya selepas beberapa jam depan komputer barulah dapat.

Tarikh tutup permohonan ialah 2 April 2012. Dalam hati saya terdetik, anak saya ni sekolah di bandar, ada kemudahan internet yang laju di rumah, ada orang yang boleh bantu. Macamanalah nasib anak-anak kita di kampung, di pedalaman atau mungkin ramai juga yang dibandar, di rumah pangsa, perumahan rakyat yang tiada kemudahan internet, yang tiada ibu bapa atau kakak abang membimbing mereka mengisi borang secara online ini selama berjam-jam?

Adakah sengaja permohonan online ini disusahkan supaya tak ramai yang mohon IPTA , agar ramai yang gagal dalam permohonan IPTA ini akhirnya terpaksa belajar di IPTS yang kosnya begitu tinggi?

Oleh itu saya harap semua pihak peka akan isu ini, akan nasib anak-anak kita, nasib anak bangsa kita.

Kalau perlu, dilanjutkan permohonan UPU ini ke satu tarikh yang sesuai sekiranya didapati masih ramai belum memohon, atau ada yang memohon tetapi tersilap isi maklumat. Kalau permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500 boleh dilanjutkan permohonannya, kenapa tidak UPU?

**************
5 Isu Permohonan UPU

Berikut adalah maklumat yang diterima dari pihak UPU bekenaan masalah permohonan UPU terbaru. Informasi adalah dikongsi bagi mempermudahkan urusan dan masalah pemohon.

1. Tidak dapat mengemaskini permohonan
2. Tahun spm & angka gilir tiada/blank
3. Nama tertukar dengan pemohon lain
4. Tiada ruangan untuk isi keputusan spm/stpm
5. Hilang no. Unik id

http://www.xpresi.org/5-isu-permohonan-upu/

26 March 2012
Isu-Isu Pengisian Borang Permohonan UPU Lepasan SPM

Malam tadi ketika menghantar ibu mentua ke klinik, JR terdengar perbualan dua orang awek yang kebetulan berada di sisi JR:

Awek A: Hang dah hantaq ke UPU permohonan nak masuk IPTA ka?
Awek B: Dah...Hang pulak?
Awek A: Belum. Tengah isi la tadi, ni kena hantaq mak ngah mai klinik pulak...Errr..aku ada problem sikit la masa isi permohonan tu..
Awek B: Apa problemnya tu?
Awek A: Aku dok isi tapi tak nampak ruang untuk isi result SPM aku pun, hang isi dulu cam na? Tak kan tak payah isi result SPM kot? Habis cam na UPU nak timbang permohonan jika dia tak tau kelulusan kita?
Awek B: Aku dah isi. Memang tak dak ruang untuk isi kelulusan kita pun. Aku pun tak tau...mungkin UPU link exam result tu dengan Kementerian Pelajaran kot, aku agak la...

http://mycuteshoppe.blogspot.com/2012/03/isu-isu-pengisian-borang-permohonan-upu.html

Borang Permohonan Online Kemasukan UPU Sesi 2012/2013

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar atau lebih dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mengumumkan bahawa permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA, Politeknik, TEVT, ILKA) bagi sesi akademik 2012/2013.

PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM DAN SETARAF
Bagi lepasan SPM terbahagi kepada dua iaitu :

1. Permohonan kemasukan ke IPTA dan Politeknik Premier bagi program pengajian peringkat Diploma dan Asasi Sesi Akademik 2012/2013 atau Ambilan Julai 2012
2. Permohonan kemasukan ke Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Politeknik bagi program peringkat Sijil dan Diploma Ambilan Julai 2012.

Tempoh Permohonan
FASA 1 – Pendaftaran Maklumat Permohonan
Tarikh : 15 November 2011 – 31 Disember 2011
FASA 2 – Pengesahan Permohonan dan Pilihan Program Pengajian
Tarikh : 9 Januari 2012 – 2 April 2012

http://snowygirl-syuhada.blogspot.com/2012/03/borang-permohonan-online-kemasukan-upu.html

Tiada ulasan: