KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20121208

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN


WORLD ASSEMBLY OF MUSLIM YOUTH (WAMY) sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa yang beribupejabat di Riyadh, Arab Saudi mempunyai pejabat dan wakil di seluruh dunia. Sekiranya anda warganegara Malaysia beragama Islam yang berkelayakan, berminat dalam aktiviti dakwah dan pembangunan belia, anda adalah dipelawa mengisi kekosongan jawatan-jawatan di WAMY Malaysia seperti berikut:-

1) Eksekutif Dakwah dan Pendidikan
2) Pegawai Perhubungan Awam & Media

Syarat Kelayakan :
a) Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana dalam bidang-bidang berkaitan daripada Universiti-universiti Tempatan dan luar negara atau kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf setaraf dengannya;

DAN
b) Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya

Keutamaan adalah diberi kepada calon yang;-
- Memperolehi kelulusan cemerlang dengan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Kedua Tinggi (PNGK 3.0 ke atas); dan
- Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang-bidang berkaitan di atas.
- Mempunyai kemahiran bahasa Inggeris / bahasa Arab

(Tanggagaji bergantung kepada kelayakan, prestasi dan pengalaman serta memenuhi syarat-syarat WAMY).
Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengirimkan Curriculum Vitae (CV) lengkap kepada Pengarah Eksekutif WAMY (shahrin@wamy.my ) atau (admin@wamy.m y). Maklumat lanjut berkaitan WAMY sila kunjungi Laman Web (www.wamy.my ) atau pejabat WAMY Malaysia di:

3402, Jalan Ampang Hilir 2
55000 KUALA LUMPUR


Tiada ulasan: