KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20121218

Jasa orang Asli tadbir N.Sembilan selama 482 tahun dilupakan



Kenapa kita orang N.Sembilan lupa jasa keturunan orang Asli yang telah meneroka dan mentadbir kerajaan Negeri Sembilan dalam suasana harmoni selama lebih 482 tahun iaitu dari tahun 1475 hingga tahun 1957?

Sebagai orang N.Sembilan yang beragama Islam kita sepatutnya banyak berterimakasih yang pertama kepada Allah, kemudian kepada Nabi kita, kemudian kepada kedua ibu bapa kita dan kemudian kepada pemerintah yang berjasa. Dan paling banyak berjasa di N.Sembilan, yang meneroka N.Sembilan yang memberi perlindungan kepada Sultan Mahmud Shah , Sultan terakhir memerintah Melaka setelah dijajah Portugis ialah keturunan orang Asli dari Negeri Sembilan iaitu dari Rembau.

Negeri Sembilan hanya terbentuk secara rasmi pada tahun 1885.

Semasa zaman kesultanan Melaka yang ada ialah kerajaan Rembau, bukan kerajaan Negeri Sembilan.

Kalau hari-hari media meminta rakyat mengenang jasa kerajaan yang memerintah selama 55 tahun sejak tahun 1957, apa salahnya media meminta orang Negeri Sembilan, khususnya orang Rembau mengenang jasa mereka yang jauh lebih lama memerintah jajahan Rembau dan Negeri Sembilan iaitu hampir 500 tahun, yang ramai keturunan mereka masih ada hingga ke hari ini.

Atau orang Negeri Sembilan sendiri, khususnya orang Rembau, tidak tahu sejarah Negeri Sembilan, tidak tahu sejarah Rembau, tidak sayangkan tempat kelahiran mereka sendiri?

482 tahun keturunan orang Asli ini mentadbir N.Sembilan tiada masalah tanah terbiar, rumah terbiar , rakyat semua ada tanah dan rumah sendiri , kenapa kini masalah tersebut semakin berleluasa?

TRADISI ADAT PERPATIH SEMAKIN TERPINGGIR

Setelah beberapa kurun adat perpatih ini diamalkan di Negeri Sembilan, zaman mutaakhir ini kita dapati ianya semakin dilupakan terutama generasi baru yang lahir di sekitar tahun 60-an ke atas.

Rata-rata anak watan Negeri Sembilan yang berumur 30 tahun ke bawah tidak memahami adat perpatih, mereka hanya tahu menyebut nama sahaja tetapi inti pati dan pengajarannya tidak diketahui secara mendalam.

Profesor Madya Norhalim Ibrahim membuat kesimpulan bahawa kaum perempuan Negeri Sembilan tidak lagi menjaga dan mengambil berat kepada rumah pusaka dan sawah padi yang menjadi tonggak kekuatan adat perpatih.

Di antara sebab-sebab musnahnya tulang belakang adat perpatih di Negeri Sembilan adalah disebabkan oleh beberapa faktor iaitu amalan demokrasi moden dalam pemilihan pemimpin atau ketua dalam perundangan dan pentadbiran birokratik telah mencabar sistem politik tradisi Negeri Sembilan yang bersandar kepada “bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.”

Peranan buapak dan datuk lembaga menjadi tidak penting dengan adanya ketua kampung, penghulu, pegawai daerah dan wakil rakyat.

Rujukan :

Sejarah Rembau

1475 - Batin Sekudai dilahirkan
1490 - Batin Sekudai berkahwin
1490an-  Datuk Leteh, pembesar Minangkabau sampai ke Rembau menetap di Kampung Relong.
1497 - 1. Datuk Bungkal binti Batin Sekudai dilahirkan di Kampung Relong
         2. Datuk Bungkal diambil oleh Datuk Leteh sebagai anak angkat
1498 – 1500 - Tun Zainal Abidin bin Bendahara Seri Maharaj Tun Perak berada di Lubuk Cina, Rembau. Bergelar Datuk Lubuk Cina
1500 Batin Sekudai dan Datuk Leteh berpindah dari Kampung Relung ke Kampung Kebun Lada (Kampung Lada sekarang)
1501 - 1. Batin Sekudai meninggalkan Rembau untuk menetap di Siliau.
         2. Datuk Leteh dilantik sebagai pentadbirRembau
1502 - 1. Batin Pak Nilu membuka hutan Gombigho (Gembira) di kawasan Kota sekarang. ** Nama asal Kota adalah Gombigho.
           2. Membuat penempatan untuk Datuk Bungkal
           3. Pokok merbau tua yang tumbuh diKampung Api-api sekarang ditebang
           4. Nama Rembau bertukar daripada Perabu kepada Merbau Tua.
1504 1. Datuk Leteh dan Datuk Bungkal berpindah dari Kampung Kebun Lada ke Kampung Gombigho

       2. Datuk Bungkal menukar nama Kampung Gombigho kepada Kampung Kotor(Kampung Kota Lama sekarang)

1511 - 1. Kerajaan Melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis
            2. Sultan Mahmud Melaka berundur ke Rembau (Braddell)

1512 - Ekspedisi tentera Portugis sampai ke sempadan Rembau – Naning (kawasan Kendung sekarang)
1514 - Portugis mendirikan kubu di Kuala Sungai Penajih (Kuala Linggi sekarang)

1515 – 1516 1. Datuk Lela Balang dan orangnya sampai di Kampung Kotor
2. Datuk Laut Dalam dan pengikutnya membuka Kampung Padang Lekok
3. Datuk Lela Balang berkahwin dengan Datuk Bungkal binti Batin Sekudai

1516 – 1517 Si Rama bin Datuk Lela Balang dilahirkan

1519 – 1525 1. Kedatangan Datuk Budi, Datuk Laut, Datuk Baginda dan Datuk Putih ke Rembau
2. Mereka membuat penempatan di Rembau Darat; Kampung Batu Hampar, Kampung Sungai Layang, Kampung Bintongan dan Kampung Lubuk Rusa – Selemak

 1520an 1. Perikatan Lembaga Yang Lima atau dikenali sebagai Berlima Ke Huluditubuhkan di Rembau Darat.
 2. Ikatan Bersembilan Suku Ke Hilir atau dikenali juga sebagai Bersembilan Ke Hilirditubuhkan di Rembau Darat

1524 – 1525 Siti Hawa binti Datuk Laut Dalam dilahirkan di Kampung Padang Lekok.

1539 -1540 1. Datuk Lela Balang dengan diiringi oleh Datuk Laut Dalam mengadap Sultan Alauddin Ri’ayat Shah (1527/28 – 1564) di Johor Lama
 2. Sultan merestui pelantikan keturunan Datuk Lela Balang sebagai Penghulu Rembau dan memberi gelaran Datuk Lela Maharaja
 3. Sultan juga merestui permintaan Datuk Laut Dalam agar keturunannya juga menjadi Penghulu Rembau secara bergilir dengan keturunan Datuk Lela Balang dengan gelaran Datuk Sedia Raja
4. Sultan memberi gelaran baru kepada Datuk Lela Balang : Datuk Gempa Maharaja dan Datuk Laut Dalam : Datuk Merah Bangsa (Datuk Merbangsa)
5. Kerapatan besar adat untuk menyusun struktur dan organisasi politik serta sosial Rembau khususnya Rembau Baroh

1540 1. Si Rama bin Datuk Lela Balang @ Datuk Gempa Maharaja dikerjankan sebagai Penghulu Rembau yang pertama di Kampung Kota
 2. Si Rama dikahwinkan dengan Siti Hawa binti Datuk Laut Dalam @ Datuk Merbangsa di Kampung Padang Lekok
3. Penubuhan Lembaga Tiang Yang Empat Di Baroh
4. Melantik dan memberi gelaran kepada ketua-ketua suku di Rembau termasuk suku-suku di Rembau Darat

 1540 – 1541 1. Ambo bin Si Rama dilahirkan
 2. Kerapatan adat membahagikan Rembau kepada dua iaitu Rembau Baroh dan Rembau Darat
3. Kedatangan orang Tanah Datar daripada Minangkabau di bawah pimpinan Datuk Maharaja Inda Bogok
4. Kedatangan orang Tiga Batu di bawah pimpinan Nang Besar
5. Kedatangan orang suku Mungkal dari Machap, Naning di bawah pimpinan Datuk Mengiang (sekarang disebut Datuk Ngiang)

1555 1. Datuk Lela Maharaja Si Rama meninggal dunia
2. Ambo bin Si Rama dilantik menjadi Penghulu Rembau kedua

1586 1. Utusan daripada Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Ri’ayat Shah (1570 – 97) menemui Datuk Sedia Raja Ambo meminta bantuan menyerang Melaka
2. Orang Rembau membakar dan memusnahkan harta benda di sekitar tebing Sungai Melaka serta menyekat lalu lintas makanan keluar masuk ke Melaka
3. Orang Portugis sampai ke sempadan Rembau – Naning. Mereka dipimpin oleh a’Azambuja
4. Datuk Ambo memohon perdamaian dengan d’Azambuja.

Sumber : Buku ‘Negeri Yang Sembilan : Daerah Kecil Pusaka Adat Warisan Kerajaan Berdaulat’. (Norhalim Hj Ibrahim, 1995)

1 ulasan:

azmie berkata...

masalahnyo keturunan tok batin tu pun tak mngaku dio orang asli. cubo check balik kes berobut jd undang dulu