KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20121211

Krisis peniaga warung Melayu di pekan Kota


Sebentar tadi saya dihubungi oleh seorang teman di pekan Kota, Rembau. Dia kata, sekarang peniaga-peniaga warung Melayu di pekan Kota sedang marah kerana diarahkan oleh pihak tertentu agar tidak meninggalkan warung mereka di tempat letak kereta. Apabila selesai berniaga , mereka perlu alihkan warung tersebut. Dia minta saya tengok-tengokkan apa yang boleh dibantu.

Saya kata, kita tak semestinya kita boleh bantu apa yang mereka perlukan, dan menyalahkan pihak tertentu yang mengeluarkan arahan tersebut. Kita perlu dengar dulu apa cerita sebenar dari peniaga warung di pekan Kota tersebut.

Nak berbincang, hari biasa saya bekerja, kena tunggu Sabtu, kalau nak jumpa hari biasa malam sajalah.

Setahu saya kalau ikut prosedur mereka yang berniaga warung ini memang perlu alihkan warung mereka apabila selesai berniaga. Tapi ini semua atas rundingan kedua-dua belah pihak.

Kita di Negeri Sembilan ini, khususnya di Rembau, lebih-lebih lagi di Kota, tempat asal terbentuknya Negeri Sembilan, tempat pertama berlakunya proses demokrasi di Tanah Melayu dalam Sistem Adat Perpatih sepatutnya boleh mendapatkan penyelesaian terbaik yang boleh memberi manafaat kepada semua pihak.

Banyak pilihan atau opsyen yang boleh kita bincangkan bersama, samada memberi bantuan kepada peniaga yang tiada kemudahan gerai sorong, kita beri bantuan gerai sorong supaya mereka boleh dengan mudah mengalihkan warung mereka apabila selesai berniaga dan seterusnya.

Atau juga mungkin pihak tertentu boleh mendirikan gerai-gerai kekal untuk peniaga-peniaga warung ini.

Sama-samalah kita berlapang dada, insyaAllah , Allah akan memberikan penyelesaian yang terbaik dan akan melimpah ruahkan lagi rezeki kepada semua pihak.

Tiada ulasan: