KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20081015

Setiap Bulan Peniaga Bazaar MAINS Gulung Tikar






Foto di atas menceritakan segala-galanya


Berikut beberapa maklumbalas yang diterima dari peniaga di Bazaar MAINS (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan) , Seremban. Mungkin ada pihak yang boleh mengesahkannya , terutamanya pihak pengurusan Bazaar MAINS. ( Untuk makluman saya bukan peniaga di Bazaar MAINS , atau mempunyai anak-beranak , adik-beradik atau kroni yang berniaga di Bazaar MAINS , cumanya sebagai seorang Islam mereka peniaga Bazaar MAINS adalah saudara saya dalam Islam dan satu rumpun bangsa Melayu )

Peniaga Bazaar MAINS mendakwa :

1. Hampir setiap bulan, ada sahaja peniaga yang gulung tikar.

2. Pada bulan Syawal 1429 H yang belum pun melabuhkan tirainya terdapat seorang peniaga pakaian dan seorang peniaga barangan hiasan terpaksa menamatkan perniagaan kerana mengalami kerugian sejak mula beroperasi sehingga kini.

3. Tiada tindakan susulan, bantuan dan promosi dari pihak yang bertanggungjawab menguruskan bazaar ini secara bersungguh-sungguh.

4. Terdapat lebih 20 buah kedai tiada penyewa walaupun bazaar ini telah di buka lebih dari tiga tahun.

5. Hampir 90 peratus peniaga merungut kerana mengalami kerugian.

6. Pengunjung yang memasuki bazaar boleh dikira dengan jari.

7. Beberapa peniaga di bazaar ini mencari alternatif dengan berniaga di Bazaar Ramadan di tempat lain.

Jika benar dakwaan di atas haraplah mereka yang bertanggungjawab dapat melakukan sesuatu antaranya apa yang telah saya cadangkan di http://waghih.blogspot.com/2008/10/keluhan-peniaga-melayu-bandar-seremban.html .

Beberapa teman saya dari pimpinan PAS Negeri Sembilan secara peribadi bersetuju untuk mengadakan EXPO Usahawan Islam anjuran Lajnah Ekonomi PAS Negeri Sembilan sekiranya diluluskan permohonan oleh pihak pengurusan bertujuan untuk mempromosi dan mempopularkan Bazaar MAINS , Seremban serta membantu peniaga di sana.