KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20081031

Kesian , Wakil Rakyat Pun Boleh Pokai

Siapa yang hendak jadi wakil rakyat dengan elaun RM 3,600 sebulan ? Lebih baik kerja yang sedia ada ni , tak payah pening-pening kepala setiap waktu orang talipon dengan pelbagai masalah , anak tak dapat ke sekolah , suami lari , elektrik kena potong , kematian , kemalangan , bencana alam.

Kawan saya jadi wakil rakyat, dulu saya banyak uban daripada dia , sekarang tak sampai setahun jadi wakil rakyat dia pula banyak uban daripada saya.

Masalahnya ialah rakyat Malaysia secara umumnya salah faham tanggungjawab seorang wakil rakyat. Mereka menyangka wakil rakyat ni kaya raya , banyak projek boleh beri dan sebagainya. Hakikatnya wakil rakyat adalah penghubung antara rakyat dan kerajaan.

Kalau rakyat Malaysia hendak maju , kalau bangsa Melayu hendak maju , fahami apa peranan wakil rakyat , apa peranan rakyat. Kalau tak tahu , boleh lihat pada pautan berikut :
http://waghih.blogspot.com/2008/06/aku-dan-yb-salah-faham-fungsi-rakyat.html
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/01/11-tanggungjawab-asas-seorang-wakil.html

Mungkin selepas ini Kementerian Pelajaran akan mencadangkan satu lagi subjek iaitu Tanggungjawab Rakyat dan Wakil Rakyat.


****************************
Kelantan setuju kaji elaun wakil rakyat

Utusan Malaysia 30 Okt 2008
KOTA BHARU 29 Okt. - Kerajaan negeri bersetuju untuk mengkaji semula elaun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi meringankan bebanan mereka dalam melaksanakan tugas untuk membantu rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, sekiranya dipersetujui, elaun wakil rakyat akan meningkat 30 peratus menjadi RM4,840 sebulan berbanding sekarang RM3,600 sebulan.

Semalam, ketika sesi perbahasan bajet, wakil pembangkang, Nozula meminta kerajaan menyemak semula kadar elaun RM3,600 sebulan bagi wakil-wakil rakyat kerana mereka terbeban dengan tanggungjawab membantu banyak aspek keperluan rakyat.

Beliau menyifatkan kadar itu kecil pada masa sekarang dan menegaskan wakil-wakil rakyat tidak harus takut dikritik dalam soal itu kerana rakyat tentunya memahami.

Menurutnya, wakil-wakil rakyat Pas mungkin keberatan untuk menyuarakannya tetapi mereka sedar tidak mampu untuk menghulurkan bantuan dengan elaun tersebut.

Husam berkata, dengan kenaikan harga barang dan bahan bakar, kadar elaun tersebut tidak mampu untuk menampung kos perbelanjaan wakil rakyat kerana ia bukan sahaja digunakan untuk keperluan peribadi tetapi dikongsi bersama rakyat.

"Sebagai contoh, jika dahulu wakil rakyat hanya perlu mengeluarkan wang sebanyak RM10 ketika pergi kenduri kahwin tetapi kini jumlahnya mungkin bertambah dua kali ganda, RM30.

"Saya harap selepas ini semua wakil rakyat berdoa agar ahli Exco dan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dengan cadangan ini," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1030&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_08.htm&arc=hive

1 ulasan:

Hamba Allah berkata...

Budaya politik acuan UMNO. memang jadi macam tu. YB macam pegawai kebajikan masyarakat. Itulah sebenarnya bermula tunas-tunas rasuah.

Sebab tak cukup nak menampung permintaan dan harapan rakyat dan pengundi khususnya.

Seperkara lagi masyarakat dilahirkan semangat dengki dan cemburu. Alasan saya "Kita undi dia, kalau dia menang, dia dapat elaun, dapat gaji, dapat itu dapat ini, kita ni dapat apa?" dengan kata-kata demikianlah menyebabkan rakyat dan pengundi sering kali menjadikan Yb sebagai tempatnya.

Sepatutnya jadilah Yb macam YB dari DAP. Mereka hebat mendedahkan penyelewengan pemerintah di dalam dewan. Orang melayu wakil rakyat dipilih mesti boleh bagi duit, boleh belanja kopi. Tak bercakap sepatah haram dalam dewan pun tak apa bagi mereka.