KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20081019

Kenapa Tak Tubuh Tabung Tak Nak Judi ?




Ahad 19 Oktober 2008 jam 6:45 pagi , ketika sedang menggosok baju sekolah anak saya menonton siaran Bicara Mufti di TV 1 yang disampaikan oleh Ustaz Kipli Hj Yassin , Ketua Penolong Mufti Sarawak. Topiknya ialah mengenai judi , berkisar mengenai kepentingan untuk membanteras judi di kalangan umat Islam.

Antara yang disentuh ialah kelemahan penguatkuasaan untuk mengawal kegiatan judi di kalangan umat Islam. Juga disentuh ialah kelemahan kempen menjauhi najis judi di kalangan umat Islam.

Lalu dibenak fikiran saya , sambil seterika berada di tangan ialah kenapa tidak diadakan perang habis-habisan kempen Tak Nak Judi di kalangan umat Islam , sepertimana diadakan Kempen Tak Nak Rokok ? Sedangkan yang judi itu untuk umat Islam adalah dosa yang amat besar , sama seperti meminum arak , menyembah berhala dan bertenung nasib.

Yang paling penting umat Islam harus menjauhi judi kerana ALLAH yang suruh. Kemudian barulah diterangkan akan keburukan judi ini. Antaranya tidak pernah kita dengar umat Islam dapat mendidikan anak-anak yang berjaya hingga ke menara gading hasil mereka menang judi. Tapi yang selalu kita dengar ialah suami-suami umat Islam yang suka berjudi hingga terabai tanggungjawab mereka sebagai suami dan bapa.

Macamana boleh tak mana-mana pihak yang ingin membela Islam menubuhkan Tabung Tak Nak Judi ?

Sebelum ini saya pernah menulis satu artikel seorang pakcik Cina tua di pekan Senawang yang tidak suka main judi , tapi berjaya membesarkan anak-anaknya dengan tulang empat kerat di sini http://waghih.blogspot.com/2006/01/yang-berjudi-orang-melayu-bukan-orang.html

Sementara itu PAS Kawasan Rembau pun pernah menghantar surat kepada Pihak Berkuasa Tempatan mendesak agar mereka mempastikan undang-undang sivil sedia ada dikuatkuasakan sepenuhnya untuk Pengawalan Rumah Judi dan Penjualan Minuman Keras di sini http://pasns.blogspot.com/2007/05/pengawalan-rumah-judi-dan-penjualan.html

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak pernah mengeluarkan kenyataan meminta kerajaan mengurangkan hari jualan loteri dibuka – dari tiga hari sekarang kepada dua hari saja dan dalam tempoh jangka panjang, hanya beroperasi sehari sahaja dalam seminggu. Langkah MTUC Sarawak itu sebagai menyokong gesaan Persatuan Cina Bahagian Kuching dan Samarahan yang turut meminta supaya kekerapan cabutan loteri dikurangkan kerana ia menjejaskan masyarakat dan golongan berpendapatan rendah. ( Rujukan http://www.malaysiakini.com/letters/38057 )

Saya juga berasa hairan kenapa tidak pernah atau jarang sekali kita dengar ada orang Islam di Negeri Sembilan ini yang ditangkap dan dihadapkan di mahmakah kerana berada di kedai judi tambahan secara terbuka pula.

Sedangkan mengikut Seksyen 79 (A), Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (pindaan 2003) BERJUDI ATAU BERADA DI PREMIS JUDI Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Adakah tiada langsung penguatkuasaan oleh pihak Jabatan Agama Islam di Negeri Sembilan atau mereka kekurangan tenaga penguatkuasa ? Perkara ini pernah dilaporkan dalam artikel “ Ke mana perginya Jabatan Agama N Sembilan?” (Rujukan : http://www.malaysiakini.com/letters/33931 )

Lagi keluhan pembaca Utusan Malaysia mengenai kedai judi di pekan Rembau yang dikunjungi majoriti orang Islam yang tiada pengawalan langsung oleh Pejabat Agama walaupun ianya terletak berhampiran dengan balai polis dan pejabat agama ( Rujukan http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/01/polis-dan-pejabat-agama-rembau-perlu.html )

Dalam situasi yang kita hadapi sekarang ini , dengan kemelut ekonomi dan politik pada ketika ini banyak Tabung yang perlu ditubuhkan. Antara yang perlu diberi perhatian serius oleh semua umat Islam ialah Tabung Tak Nak Judi , untuk menggiatkan lagi kempen tak nak judi di kalangan umat Islam serta memberi kesedaran kepada umat Islam bahawa mereka boleh bersuara untuk membantah dan melaporkan kejadian judi di kalangan umat Islam di kawasan mereka.