KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20081007

Kesesakan jalanraya jejas imej Kuala Terengganu


Bandaraya Kuala Terengganu terkenal dengan pelbagai tarikan tradisi dan moden. Dari Pasar Payang , Pantai Batu Burok , Batik , Keropok Lekor hinggalah ke Masjid Kristal dan Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun. Walaupun infrastruktur jalanraya di bandar ini agak memuaskan namun setiap hujung minggu , lebih-lebih lagi pada musim cuti persekolahan dan musim perayaan , Kuala Terengganu akan menghadapi kesesakan jalanraya yang luar biasa.

Yang menjadi mangsa bukan sahaja pengguna yang terperangkap dalam kesesakan jalanraya , malah anggota polis trafik sendiri yang begitu ramai ditempatkan di beberapa persimpangan jalan , bulatan dan lampu isyarat bukan sahaja di tengah bandar malah beberapa kilometer di pinggir bandar hingga ke jalan menuju lapangan terbang. Anggota polis trafik yang sepatutnya berehat bersama keluarga atau berhari raya , terpaksa menunaikan tanggungjawab mengawal lalulintas di bawah terik mentari hingga ke lewat senja.

Kesesakan yang luar biasa ini adalah merupakan pembaziran masa yang merugikan semua pihak , pengurangan produktiviti , peningkatan pencemaran udara dan tekanan (stress) kepada pengguna jalanraya.

Mengggunakan perkhidmatan polis trafik untuk mengawal kesesakan jalanraya hanyalah merupakan penyelesaian jangka pendek. Pembinaan jalan-jalan baru atau menaiktaraf jalanraya adalah merupakan penyelesaian jangka panjang.

Beberapa pendekatan lain haruskan difikirkan untuk mengelakkan kesesakan luar biasa di Kuala Terengganu agar ianya tidak menjejaskan imejnya sebagai sebuah bandaraya.

Pelbagai pendekatan boleh dikemukakan bergantung kepada sumber kewangan serta sumber manusia untuk melaksanakannya.

Antaranya ialah :

1. Menggunakan CCTV , dimana CCTV diletakkan dibeberapa lokasi strategik. Pusat kawalan lalulintas akan mengawal lalulintas secara kawalan jauh (remote control) atau memberi arahan kepada polis trafik yang ditempatkan di lokasi tersebut.

2. Menggunakan sistem kawalan logik lampu isyarat sepenuhnya yang mengawal masa lampu isyarat mengikut kadar kenderaan yang melalui lampu isyarat.

3. Menggunakan helikopter atau pesawat kecil untuk memantau kesesakan lalulintas dan memberi maklumat ke pusat kawalan. Pusat kawalan lalulintas akan mengawal lalulintas secara kawalan jauh (remote control) atau memberi arahan kepada polis trafik yang ditempatkan di lokasi tersebut.

4. Untuk menjimatkan kos , pengawasan udara boleh dilakukan menggunakan pesawat tanpa juruterbang atau UAV (Unmanned Aerial Vehicle atau Drone ) serta helikopter kawal jauh dan juga belon udara.

5. Menggunakan satelit untuk memantau dan mengawal kesesakan lalulintas.

6. Memperbaiki mutu perkhidmatan awam di Kuala Terengganu terutamanya bas dengan menambah laluan dan kekerapan.

7. Mempertingkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan air dengan menambah dan menaik taraf jeti-jeti di sepanjang sungai , disamping menambah dan menaik taraf bilangan bot penambang.

8. Menambah serta menaikkan bayaran tempat letak kereta disamping menambah tempat letak motosikal percuma untuk menggalakkan penggunaan motosikal.

Sumber :
Polis Trafik http://waghih.blogspot.com/2008/01/kesian-tengok-polis-trafik-di-malaysia.html
Penggunaan Kawalan Jauh http://www.intelligentsignals.com/Products.htm#rctl
Penggunaan CCTV http://www.100share.com/TRAFFIC-CONTROL.htm
Penggunaan UAV http://www.enquirer.com/editions/2003/05/26/loc_roaddrones26.html
Penggunaan Belon Udara http://blog.modernmechanix.com/2007/05/04/balloon-cops-may-clear-traffic-jams/