"Adat Bersendikan Hukum. Hukum Bersendikan Kitab ALLAH. Syarak Mengata , Adat Menurut".
ALLAH menjadikan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk kita saling kenal mengenal. Sebarang pertanyaan hubungi Rozmal bin Malakan , rozmal@yahoo.com , FB : Rozmal Malakan www.facebook.com/Rozmal
Idil Adha yang lalu bertemu saudara di Rembau. Tanya dia , dah mohon belum Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR). Dia kata borang kena ambil di Pejabat Pertanian di Chembong, dia duduk di Kota.
Rasanya masih terlalu ramai rakyat di Malaysia yang layak memohon Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR) tak tahu mana nak dapatkan borang.
Oleh itu kepada kita yang berkemampuan tengok-tengokkanlah jiran dan saudara mara kita. Bukannya perlu beri duit pun, kalau nak beri lagi bagus, tambah pahala. Tolong berikan Borang Permohonan Baucer yang boleh di muat turun secara percuma di laman web Kementerian Pertanian pada pautan berikut
Dilampirkan risalah Expo Pendidikan Islam Negeri Sembilan 2009 dan borang Seminar Rawatan Alternatif dan Pertandingan Rubik Cube yang akan diadakan di Masjid Bandar Baru Senawang pada hari Ahad 13 Disember 2009 bermula jam 9 pagi hingga jam 1 petang.
Antara yang mengambil bahagian dalam pameran EXPO PINS09 ialah :
Pagi tadi Ahad 29 November 2009 sekitar jam 7:30 pagi ke bandar Seremban. Lalu depan Bazaar MAINS di Jalan Dato Abdul Rahman. Tahniah keperihatinan pihak MAINS dah letak beberapa papantanda untuk menunjuk arah Bazaar MAINS.
Terperanjat tengok dah ada KFC baru sederet dengan Bazaar MAINS. Mungkin dengan adanya KFC baru di tengah bandar Seremban ini akan merancakkan lagi aktiviti perniagaan di Bazaar MAINS milik Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.
FLEA MARKET Bazaar MAINS Seremban akan mengadakan jualan lambak berkonsepkan Flea Market Bazaar MAINS pada setiap hari Sabtu dan Ahad bermula 5 dan 6 Disember 2009 ini dengan kadar sewaan tapak yang amat-amat berpatutan iaitu RM 10 sehari.
Kepada mereka yang berminat sila SMSkan Nama , No tel, jenis produk ke 013-6367565
Rasanya orang Senawang dah tak marah lagi dah kat kerajaan kerana tindakan pantas mereka bukan sahaja membaiki jalan, malahan menukar sistem perparitan yang baru dan lebih kukuh di sepanjang jalan depan Taman Kemuning, Senawang..
Gambar terkini yang diambil pada Sabtu 28 November 2009 di atas.
Adalah dimaklumkan Surau Taman Kemuning , Senawang adalah dalam proses pembinaan.
Sumbangan umat Islam yang prihatin adalah amat diharapkan dalam melancarkan dan mempercepatkan proses menyiapkan pembinaan surau ini.
Antara kata lain saham akhirat terbuka kepada umat Islam dengan jaminan keuntungan berlipat kali ganda mengalahkan mana-mana saham di bursa saham Malaysia dan seluruh dunia.
Kepada mereka yang ingin membeli saham ini (menderma), sementara surau ini masih dalam pembinaan sila hubungi :
Pengerusi
Jawatankuasa Bertindak Pembinaan Surau Taman Kemuning
PROGRAM MARI MENGAJI Tempat : PASTI Amal, No. 984, Jalan Teratai 14, Taman Marida, Senawang Tarikh : 1 Disember 09 hingga 31 Disember 09 Masa : 9 pagi – 12. tengahari (Isnin – Jumaat)
Program ini akan dibahagikan kepada TIGA Kelas iaitu: - Kelas 1 – Tahap Asas (Iqra 1,2,3) - Kelas 2 – Tahap Pertengahan (Bacaan Al-Quran) - Kelas 3 – Tahap Lanjutan (Bacaan Al-Quran, Tajwid & Tarannum)
Peserta dikehendaki membawa sendiri: kitab Iqra (1,2,3) bagi tahap asas dan Al-Quran bagi tahap pertengahan dan lanjutan.
Yuran pendaftaran cuma RM 35.00 Setiap kelas terhad kepada 20 orang peserta sahaja Pelajar perlu bawa rehal sendiri Pengangkutan tidak disediakan
OBJEKTIF PROGRAM - Menyemai dan menyuburkan cintakan Al-Quran kepada anak-anak - Mengisi aktiviti bermanfaat untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah
Untuk pertanyaan dan pendaftaran hubungi : 1. Hj. Faisol Abdul – 019-3440826 2. Sdr. Nazri Zainal – 019-9103431 3. Sdr. Mohd Sufian – 013-3589328
Anjuran : PASTI Amal dengan kerjasama PAS Cawangan Senawang
Baru-baru ini teman saya di Rembau telah mengunjungi sebuah kedai komputer yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dari kursus komputer hinggalah ke perkhidmatan internet cyber cafe.
Pada saya kedai seumpama in harus mendapat liputan dan sokongan penuh media cetak, media elektronik, Jabatan Pelajaran, Jabatan Agama , Pihak Berkuasa Tenpatan dan PDRM.
Kalau saya tahu ada Cyber Cafe macam ni di Senawang, saya tak akan risau hantar anak saya ke kedai macam ini.
Ini adalah kerana pemilik kedai berkenaan tidak membenarkan pengunjung melayari internet yang mengandungi laman web lucah, juga tiada permainan video dihidangkan. Ianya lebih kepada kedai untuk pengunjung mencari ilmu, mencari ketenangan, mencari maklumat.
Kalaulah semua Cyber Cafe seluruh Malaysia boleh mencontohi kedai ini , alangkah baiknya. Berkuranganlah maslaah sosial di Malaysia , insyaAllah.
Maklumat kedai tersebut ialah seperti berikut :
Pusat Teknologi Gemilang No. 9 Jalan TRP 1, Taman Rembau Permata, 71300 Rembau Negeri Sembilan. Tel : 06-685 8495 Hp : 013-255 9515 (En Idris Salleh) E-mail: gemilang2u2@gmail.com Laman Blog http://gemilang2u2.blogspot.com
PERTANDINGAN KIUB RUBIK (RUBIC CUBE) Sempena EXPO Pendidikan Islam N.Sembilan
Tarikh : 13 Disember 2009 Hari : Ahad Masa : 10 pagi Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang, N.Sembilan
Kategori Pelajar Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Terhad kepada 20 peserta setiap kategori Peserta dikehendakki membawa sendiri Kiub Rubik yang standard
HADIAH MENARIK MENANTI PEMENANG ! Pemenang ialah mereka yang terpantas menyusun Kiub Rubik mengikut warna
Yuran penyertaan hanya RM 1 Tarikh tutup penyertaan 11 Disember 2009
Sekarang ini sedang rancak projek landasan keretapi berkembar melintasi beberapa kampung di daerah Rembau.
Baru-baru ini jumpa seorang kenalan dari Rembau. Rumah pusaka dan tanah pusaka arwah ibunya terlibat dengan projek ini. Memandangkan ibunya sudah meningggal dan tiada anak perempuan dan nama pada geran tanah masih nama arwah ibunya maka duit pampasan pengambilan tanah tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun Amanah Raya.
Perlulah di bawa kes ini ke mahkamah termasuk Mahkamah Adat untuk menentukan siapa pewaris yang hak untuk mendapatkan wang pampasan tersebut sekiranya ada anak saudara perempuan sebelah ibunya.
Sebenarnya terlalu banyak kes sebegini di Negeri Sembilan. Tanah adat yang tidak jelas status pemiliknya kerana tidak ditukar nama sejak sekian generasi. Yang rugi ialah anak Negeri Sembilan. Tak kiralah anak Negeri Sembilan yang lelaki atau yang perempuan.
Jika ianya berterusan orang Negeri Sembilan lama kelamaan akan hidup merempat. Ada tanah boleh tengok sahaja tak boleh duduk. Ada duit pun boleh tengok sahaja tak boleh belanja.
Siapa yang ada kuasa dan suara dalam tanah adat ini buatlah sesuatu. Kalau nak ikutkan hati, malas saya nak fikir pasal tanah ni, buat apa susah-susah nak sedarkan pengamal adat, saya dah ada rumah, dah ada tanah, tak hidup merempat.
Tapi terfikir akan ditanya di akhirat nanti , apa peranan saya apabila melihat orang Negeri Sembilan hidup merempat sedangkan mereka ada tanah, sedangkan mereka saudara saya, mereka jiran saya, mereka orang kampung saya, mereka sebangsa, mereka seagama.
Betullah pepatah yang mengatakan Menang Sorak , Kampung Tergadai. Menang Piala Malaysia setelah menunggu 61 tahun, tapi kampung halaman makin lama makin tergadai.
Amat kurang usaha terancang oleh badan bukan kerajaan dan sektor swasta untuk membantu pelajar miskin kembali ke sekolah.
Hujung minggu lalu kami sekeluarga berkesempatan ke Parkson di Seremban Parade. Ketika membayar saya terpandang satu risalah EDUCARE 2009 yang bertujuan untuk Penyampaian Barangan Keperluan Sekolah Untuk 5000 Murid-Murid Yang Memerlukan Bantuan.
Bermula pada tahun 2001 dengan 800 orang menerima bantuan pada tahun 2008 seramai 5000 pelajar telah menerima bantuan.
Yang menjayakan projek ini ialah Sri Jayanti Association, Yayasan Maha Karuna, Parkson Corporation dan Sri Lanka Buddhist Temple.
Saya terperanjat dengar Radio IKIM pagi tadi , ada yang pergi pakej Haji sampai mencecah RM 100,000. Pakej Umrah tak tahulah mungkin ada yang sampai RM 100,000 juga. Nampaknya ibadah dah menjadi sumber kekayaan bukan sumber rezeki.
Agaknya pelajar-pelajar Islam ini terlalu kaya , sebab itu tak perlu nak buat projek bantuan kembali ke sekolah.
Tolonglah perhatikan jiran sekeliling kita , tak kiralah Melayu ke , Cina ke, India ke, Myanmar ke. Mereka ini begitu ramai yang memerlukan bantuan untuk kembali ke sekolah tahun 2010 ini.
Tak takut ke bila kita ditanya di dalam kubur atau padang Mahsyar, kita ada RM 100,000, dah ada rumah, dah ada kereta, dah pergi haji kenapa tak bantu anak jiran sebelah rumah ?
Saudari Nabilah Huda binti Zaim merupakan pelajar tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang sedang menuntut dalam jurusan Syariah di University of Yarmuk, Irbid, Jordan.
Meskipun mengalami penyakit leukemia, beliau tetap cekal dan bersemangat untuk meneruskan pengajian.
Nabilah Huda akan menjalani pembedahan pemindahan tulang sum-sum pada bulan Disember ini. Kos pembedahan ialah sebanyak RM70,000 (RM50,000 untuk pembedahan dan RM20,000 untuk rawatan susulan).
Sehubungan dengan itu, ISMA N.Sembilan melancarkan Kempen Tabung Bantuan Nabilah Huda sebagai usaha mengumpulkan bantuan kewangan untuk membiayai kos pembedahan beliau.
Sumbangan ikhlas daripada para dermawan boleh disalurkan terus kepada akaun Maybank saudara Zaim bin Shaari, bernombor 162517025794.
Untuk sebarang pertanyaan atau perkembangan lanjut, boleh berhubung terus dengan saudara Zaim di talian 013-3521226.
SEMINAR RAWATAN ALTERNATIF Sempena EXPO Pendidikan Islam N.Sembilan Tarikh : 13 Disember 2009 (Ahad) Masa : 9 pg – 11 pg Tempat : Bilik Kuliah, Masjid Bandar Baru Senawang, N.Sembilan
Yuran penyertaan : RM 10 , terhad 30 orang sahaja (termasuk jamuan ringan), yang daftar awal diutamakan. Peserta : Terbuka kepada umum
- Seminar Rawatan Alternatif antaranya rawatan bekam berdasarkan sunah Nabi Muhammad saw. - Penerangan terapi lain seperti refleksologi, akupunktur kiropraktik dan rawatan herba.
Untuk pendaftaran dan penyertaan hubungi : En. Husaini 013-3598318 Puan Rohani 017-6549624 En Sahrizal 017-2218189
Diterbitkan oleh : Pustaka Al-Azhar Media No 11, Bangunan UDA, Jalan Kuala Pilah, Bandar Baru Ampangan, 70440 Seremban, Negeri Sembilan. Tel : 012-6972324 (Norish)
Kempen Boikot rangkaian kedai 7 Eleven selagi arak dijual kini melanda Rembau. Terkini Banner Boikot 7 Eleven terpampang di tepi jalan utama Rembau – Tampin.
Bukan setakat kedai yang menjual arak sahaja yang harus umat Islam boikot, tapi akhbar yang mengiklankan keputusan judi pun mesti di boikot seperti yang disarankan oleh Blog berikut http://pmbaj.blogspot.com
Yang mesti sokong usaha boikot ini ialah kaum wanita, kerana kaum wanita sering dizalimi oleh kaki botol dan tahi judi. Tak percaya baca laporan di bawah :
**************************************
JPW pandang serius kes isteri ditinggal suami
JELEBU 19 Nov. - Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) negeri memandang serius kes wanita yang terpaksa mengambil alih tugas menjadi ketua keluarga sedangkan kebanyakan mereka tidak bekerja.
Pengarahnya, Norhafiza Halim Faisal berkata, lebih malang lagi apabila tugas itu dipikul oleh wanita berkenaan seorang diri tanpa ada bantuan daripada sesiapa, sedangkan suaminya masih ada.
''SELAIN ITU JPW JUGA MENGESAN TERDAPAT SUAMI KAKI JUDI DAN PENAGIH DADAH.
''Suami begini sering menjadikan isteri sebagai mangsa keganasan dan meninggalkan tanggungjawab membimbing keluarga seorang diri," katanya di sini, hari ini.
PERKHEMAHAN & MOTIVASI AMAL 09 Tarikh : 18 – 20 Dis 2009 (Jumaat-Ahad) Tempat : SungaiTalan, Kg Bintongan, Rembau
Penyertaan : Lelaki berumur 10 ke 45 tahun Yuran : RM30 seorang (untuk ahli Unit Amal) RM 60 seorang (bukan ahli)
AKTIVITI MENARIK Kembara Malam AMAL Race Mini Street Soccer Tazkirah Agama Motivasi Pelajar Latihan Kawad Statik Bengkel Nasyid Bengkel Roket Air Bengkel Masak Dalam Hutan Bengkal Roti Canai Bengkel Apam Balik
Maklumat lanjut hubungi : Izamri 012-3513434 Mohd Nazri Esa 013-3098775 Husaini Husin 013-3598318
Barangan Yang Perlu Peserta Bawa : - Pakaian solat dan sukan - Lampu picit - Kelengkapan tidur
KEM MOTIVASI ANAK KEMBALI KE SEKOLAH (MAKES) SIRI 3/2009 Tarikh : 25-27 Disember 2009 (Jumaat-Ahad) Tempat : Tapak Perkhemahan Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan.
Peserta : Remaja Lelaki & Perempuan berumur antara 13 hingga 16 tahun.
Yuran : RM 120 (meliputi makan minum, penginapan, bahan pengisian, tag nama, perlindungan takaful dan sijil penyertaan)
ANTARA AKTIVITI MENARIK - XPDC Mendaki Gunung Datuk - Menjejak Tapak Hang Tuah - Visi Intelligent - Smart Solat - Cabaran Survivor - Malam Aspireasi Seni - Ceramah Multimedia dari penceramah berpengalaman - Solat jamaah, Zikir Ma’thurat, Kuliah Subuh, bacaan Al Quran dan Qiyamullail
Anjuran : Akademi Latihan Tinta Strategi (ALTIS) No.2324 Jalan SJ 10/1 Taman Seremban Jaya 70450 Seremban Tel : 06-6789760 http://altis-academy.blogspot.com/
KEPERLUAN PESERTA - Keperluan peribadi - Pakaian riadah (baju sukan,seluar sukan panjang, kasut sukan) - Kasut - Al Quran - Al Ma’thurat - Pakaian sembahyang (baju melayu, kopiah,songkok, telekung bagi perempuan) - Selipar / Sandal - Kain Basahan
Anjuran : Akademi Latihan Tinta Strategi (ALTIS) No.2324 Jalan SJ 10/1 Taman Seremban Jaya 70450 Seremban Tel : 06-6789760 http://altis-academy.blogspot.com/
EXPO PENDIDIKAN ISLAM NEGERI SEMBILAN 09 Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang Hari : Ahad 13 Disember 2009 Masa : 9 pagi hingga 1 tengahari
Mana nak hantar anak tadika ? Sekolah rendah ? Lepas UPSR ? Lepas PMR ? Lepas SPM ?
OBJEKTIF EXPO - Memaklumkan kepada masyarakat bahawa N.Sembilan mempunyai banyak institusi pendidikan Islam dari peringkat pra sekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi - Memberi penerangan kepada ibu bapa dan para pelajar akan peluang-peluang pendidikan Islam di N.Sembilan - Mengadakan pusat sehenti maklumat berkenaan institusi pendidikan Islam di negeri ini - Memudahkan pendaftaran para pelajar ke institusi pendidikan Islam dalam N.Sembilan
Expo ini adalah terbuka kepada orang ramai secara percuma dan juga penyertaan secara percuma oleh institusi pendidikan Islam seperti Tadika Islam, Sekolah Rendah dan Menengah Islam, Maahad Tahfiz, Sekolah Pondok dan Pusat Pengajian Islam yang lain.
Kepada pihak pengurusan institusi pendidikan Islam di Negeri Sembilan yang ingin turut serta dalam Expo ini pihak penganjur akan memberikan satu tapak berbumbung seluas 10 ka x 10 ka secara percuma (meja dan kerusi tidak disediakan).
Untuk maklumat lanjut sila hubungi , Rozmal bin Malakan , Setiausaha Surau dan Taman Alamanda Tel : 012-2267406 e-mel rozmal@yahoo.com
Tarikh tutup pendaftaran penyertaan institusi pendidikan Islam pada atau sebelum Sabtu 5 Disember 2009.
Anjuran : Surau Taman Alamanda
PENDAFTARAN PENYERTAAN Sila isikan maklumat di bawah dan e-melkan ke rozmal@yahoo.com atau poskan ke :
Urusetia EXPO Pendidikan Islam N9 Jawatankuasa Surau dan Taman Alamanda Peti Surat Surau Alamanda Jalan 1, Taman Alamanda 70450 Senawang N.Sembilan
Nama Institusi : Alamat penuh : No tel : No fax : E-mel : Laman web : Nama untuk dihubungi : Jawatan : No tel :
Adalah dengan ini kami mengesahkan untuk menyertai EXPO PENDIDIKAN ISLAM NEGERI SEMBILAN 09 pada 13 Disember 2009 di Masjid Bandar Baru Senawang
Adalah dimaklumkan Madrasah Dakwah Islamiah , Pondok Sri Permai di Pasir Puteh, Kelantan dalam proses untuk membina sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi beberapa keperluan asas madrasah, iaitu tiga bilik kelas belajar, satu bilik perpustakaan, makmal komputer, pejabat dan bilik penginapan tetamu.
Kos pembinaan adalah dianggarkan sebanyak RM 300,000.00
Segala sumbangan bolehlah disampaikan kepada wakil yang dilantik atau melalui akaun madrasah iaitu No. Akaun : 03-090-02-009151-6 (BIMB).
Wakil di N.Sembilan ialah Ustaz Zulkifli bin Mat Zari atau boleh menghubungi Ustaz Mohd Nazri Yusof 019-3457690
***************** Madrasah Dakwah Islamiah , Pondok Sri Permai Pondok Seri Permai Seligi ini telah diasaskan pada tahun 1989M oleh Tuan Guru Abdul Hamid B. Hj. Daud. Terletak kira-kira 45 km dari Pusat Bandar Kota Bharu.
Kawasannya yang dikelilingi kawasan bukit, menjadikannya tempat yang sangat sesuai untuk menuntut ilmu.
Pengerusi Pentadbir Nama : Tuan Guru Abdul Hamid B. Hj. Daud Tempat lahir : Pattani Tahun lahir : 1937M
Pendidikan : Pondok Dala - 10 Tahun - Haji Abdul Rahman B. Muhd. Irsyad Pondok Perigi - 5 Tahun - Haji Wan Ismail B. Haji Ibrahim Pondok Piak - 5 Tahun - Haji Husin Bin Haji Awang
SISTEM PEMBELAJARAN DAN MATAPELAJARAN YANG DIAJAR Pengajian Umumi (pelajar diberi kebebasan memilih mata pelajaran yang hendak diikuti) Kitab-kitab Pondok
Terdapat kira-kira 100 orang pelajar pondok dan 100 penghuni keluarga
CERAMAH MULTIMEDIA Tajuk : Iktibar Gempa Bumi di Padang , Sumatera, Indonesia Penceramah : Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad http://berjuangitumanis.blogspot.com , wakil Muslim Care ke Padang Tarikh : 19 Nov 2009 Masa : 8 malam Tempat : Masjid Jamek Ampangan, Seremban
PROGRAM MEMBINA JATIDIRI SEMPENA CUTI SEKOLAH Tarikh : 22 Nov 09 ( Taman Alamanda, Senawang) , 23 Nov 09 (Bt 4, PD) Pendaftaran : 2.00 – 3.00 ptg ( Taman Alamanda ) Peserta : Pelajar Sekolah Menengah (Lelaki & Perempuan) Yuran penyertaan : RM 20 seorang
Anjuran : ABIM Senawang Maklumat lanjut hubungi Azhari Mohd Said 013-3913170
Di Negeri Sembilan berhampiran dengan kampung kelahiran saya iaitu di Kota ada sebuah kampung bernama Kampung Penajis. Walaupun ejaannya Penajis tetapi loghat Negeri Sembilan disebut Penajeh.
Sejarah bermulanya kerajaan Negeri Sembilan ialah di Kampung Penajis dimana Raja Melewar yang berasal dari Minangkabau telah ditabalkan sebagai Yam Tuan Besar Negeri Sembilan yang pertama pada tahun 1773 oleh Datuk-Datuk Penghulu Luak di Kampung Penajis, Rembau.
Begitu signifikan sekali Penajis di Negeri Sembilan ini. Tapi nama Kampung Penajis seakan-akan tenggelam. Mungkin ada pihak yang malu untuk mempromosikan nama Kampung Penajis dan kaitannya dengan pembentukan awal kerajaan Negeri Sembilan.
Kenapa ianya diberi nama Penajis atau asal usul Penajis tidaklah diketahui umum. Akan tetapi menurut bahasa Sanskrit Tajeh berasal dari suku kata Taj yang bermaksud mahkota. Barangkali Penajeh bermaksud orang yang memakai mahkota atau orang yang dimahkotakan.
Sehubungan dengan itu kerajaan Negeri Sembilan , pakar-pakar sejarah di Negeri Sembilan , ketua-ketua adat , Kementerian yang berkaitan haruslah mengkaji semula akan kepentingan Kampung Penajis dalam sistem pemerintahan raja berpelembagaan di negeri ini.
Malah adalah lebih baik Kampung Penajis ini bukannya ditukar nama, akan tetapi ditukar ejaan ke Kampung Penajeh melambangkan tempat Yam Tuan yang pertama dimahkotakan.
Pelajar-pelajar lepasan SPM yang berminat untuk berkhidmat sebagai tenaga kerja sukarelawan dijemput untuk menyertai Skim Printis Sukarelawan.
Program ini akan berlangsung selama 8 minggu. Mereka yang terpilih akan menjalani latihan kerja-kerja kebajikan dan pengurusan program bersama-sama YKSNS. Individu yang terpilih akan diberikan elaun perkhidmatan dalam tempoh mereka bertugas sebagai tenaga khidmat sukarela.
Sila emailkan maklumat peribadi dan no tel untuk dihubungi ke email: maayks@gmail.com
Solat Sunat Idil Adha akan diadakan di Surau Alamanda, Senawang pada hari Jumaat 27 November 2009 bermula jam 8:15 pagi.
TAKBIR RAYA
Kepada mereka yang ingin mengadakan Takbir Raya di rumah pada malam raya (Khamis malam Jumaat 26 Nov 09) harap maklumkan kepada Pengerusi dan Imam Surau Alamanda, Ustaz Khairuzzaman