KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100217

3 Lemas di Port Dickson tak sampai sebulan

3 kejadian lemas dalam tempoh tak sampai sebulan di Port Dickson. Juga misteri serangan pada kaki pengunjung pada 2 Januari 2010 masih belum terjawab.

Kejadian ini berlaku di Batu 1, Batu 3 dan Batu 8 di Port Dickson.

Apa punca mangsa lemas ? Pasir jerlus, air pusar, ombak besar, kejang otot, terumbu karang, buaya, yu ?

Mangsa semua adalah lelaki berumur antara 15 ke 33 tahun.

Mana kawasan bahaya di Port Dickson ?


17 Feb 2010
PORT DICKSON – Mayat V Neetheya Raj, 19; yang dilaporkan lemas di pantai Port Dickson kelmarin, ditemui pasukan penyelamat berdekatan tempat mangsa dilaporkan lemas, tengah hari semalam. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan K Baljeet Singh berkata, mangsa ditemui kira-kira 12. 30 tengah hari, semalam selepas 22 jam dilaporkan lemas di Pantai Batu 1, di sini.
http://amkns.blogspot.com/2010/02/lagi-lemas-di-port-dickson.html

PORT DICKSON 15 Feb. 2010 - Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika sedang mandi bersama lima saudaranya di Pantai Batu 1 di sini, semalam, ditemui lemas awal pagi tadi. Mangsa, B. Minot, 15,dijumpai terapung tidak jauh dari lokasi kejadian kira-kira 1.30 pagi oleh sepasukan pencari dan penyelamat bomba.
http://amkns.blogspot.com/2010/02/mayat-remaja-ditemui-terapung.html

Ahad Januari 31, 2010
Seorang pemuda ditemui mati lemas di Pantai Batu 8, dekat sini, pagi ini.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Mazlan Othman berkata, mayat Siow Hon Peng, 33, dari Taman Rasah Jaya, Seremban ditemui orang ramai terdampar di tepi pantai itu pada kira-kira pukul 7.40 pagi.
http://pasns.blogspot.com/2010/02/pemuda-ditemui-mati-lemas-di-port.html

Mungkin buaya sesat di Port Dickson
Kosmo 18 Jan 2010
Kosmo! Ahad semalam melaporkan insiden membabitkan seorang posmen, Mohamad Helme Leman, 25, dari Kampung Air Limau, Masjid Tanah, Melaka yang menerima 50 jahitan selepas mendakwa dia diserang haiwan dipercayai seekor buaya ketika mandi di pantai itu pada 2 Januari lalu.
http://waghih.blogspot.com/2010/01/mungkin-buaya-sesat-di-port-dickson.html

Tiada ulasan: