KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100207

Nak minum arak, tunggu di akhirat

Kuliah Maghrib pada Jumaat 6 Februari 2010 di Surau Taman Alamanda, Senawang telah disampaikan oleh Ustaz Dato Arshad Abd Samad , bekas Ketua Hakim Syariah N.Sembilan menghuraikan Kitab Hadith 40.

Pada mukasurat 107 Ustaz menceritakan siapa yang minum arak di dunia ini tak dapatlah hendak merasa nikmat minum arak di akhirat iaitu dalam syurga.

Kepada peminum arak , sabarlah. Menyesal dulu pendapatan, menyesal di akhirat tiada gear reverse. Nak minum arak , tunggulah di akhirat. Buat semua yang Allah suruh, tinggalkan semua yang Allah larang.

Sifat Syurga yang telah dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (ialah seperti berikut): ada padanya beberapa sungai dari air yang tidak berubah (rasa dan baunya), dan beberapa sungai dari susu yang tidak berubah rasanya, serta beberapa sungai dari arak yang lazat bagi orang-orang yang meminumnya, dan juga beberapa sungai dari madu yang suci bersih. Dan ada pula untuk mereka di sana segala jenis buah-buahan, serta keredaan dari Tuhan mereka. (Adakah orang-orang yang tinggal kekal di dalam Syurga yang sedemikian itu keadaannya) sama seperti orang-orang yang tinggal kekal di dalam neraka dan diberi minum dari air yang menggelegak sehingga menjadikan isi perut mereka hancur? (Sudah tentu tidak sama)! ( Surah Muhammad : 15 )

Kemudian Ustaz Arshad menceritakan satu kisah seorang yang telah menunaikan haji 3 kali, tapi dia merasakan dan bermimpi hajinya tidak diterima. Resah gelisah orang tadi tak tahu kenapa hajinya tak diterima walaupun sudah 3 kali menunaikan haji dan dia ingin pergi menunaikan haji lagi. Satu hari dia terbau jirannya membakar daging yang sangat enak baunya.

Lalu ditanya pada jirannya daging apa yang dibakar. Jiran dia kata, tuan tak boleh makan daging ni, haram. Ini daging anak harimau, kami tak mampu nak cari makanan lain. Lelaki tadi baru sedar jirannya yang susah, sejak dari hari itu dia membantu jirannya. Kemudian dia bermimpi bahawa hajinya yang terdahulu telah diterima.

Nak tahu lebih lanjut hadirlah solat jemaah di Masjid Bandar Baru Senawang, tanya pada Dato kerana Dato imam di sana.

Tiada ulasan: