TRADISI ADAT PERPATIH SEMAKIN TERPINGGIR
Di antara sebab-sebab musnahnya tulang belakang adat perpatih di Negeri Sembilan adalah disebabkan oleh beberapa faktor iaitu :
Amalan demokrasi moden dalam pemilihan pemimpin atau ketua dalam perundangan dan pentadbiran birokratik telah mencabar sistem politik tradisi Negeri Sembilan yang bersandar kepada “bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.” Peranan buapak dan datuk lembaga menjadi tidak penting dengan adanya ketua kampung, penghulu, pegawai daerah dan wakil rakyat.
Rata-rata anak watan Negeri Sembilan yang berumur 30 tahun ke bawah tidak memahami adat perpatih, mereka hanya tahu menyebut nama sahaja tetapi inti pati dan pengajarannya tidak diketahui secara mendalam.
Malahan pemuka-pemuka adat sendiri ramai yang tidak mengetahui secara mendalam susur galur adat perpatih, teras adat serta sistem adat perpatih yang tiga iaitu adat yang sebenar adat, adat yang beradat dan adat yang diadatkan.
Profesor Madya Norhalim Ibrahim membuat kesimpulan bahawa kaum perempuan Negeri Sembilan tidak lagi menjaga dan mengambil berat kepada rumah pusaka dan sawah padi yang menjadi tonggak kekuatan adat perpatih. Ini kerana mereka telah berhijrah ke bandar-bandar atau ke negeri lain untuk bekerja di sektor kerajaan atau swasta.
Apabila kaum perempuan meninggalkan kampung, maka tanah akan terbiar dan sistem kekeluargaan atau kekerabatan yang menjadi ikatan yang kukuh dalam masyarakat tani Negeri Sembilan menjadi longgar dan terungkai.
Dipetik dari http://fidafirrah.multiply.com/journal/item/5/Adat_Perpatih....

1 ulasan:
Adakah perlantikan Undang Luak Sungai Ujong dan AlShahbandar sekarang sah disisi adat perpatih seperti yang di jelaskan dalam perlembagaan N9? Apakah nas-nas ia sah atau tidak sah? Dan apakah ini memberi kesan yang terlalu besar dari aspek daulah YDP Besar?
Kudin
Catat Ulasan