KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100209

Kemalangan jalanraya, mintalah pada ALLAH


Pelbagai undang-undang dan langkah keselamatan telah dan akan diambil untuk mencegah kemalangan jalanraya di Malaysia.

Yang paling penting setelah kita berusaha, mintalah pada ALLAH. Buatlah secara individu atau 1Malaysia, munajat pada ALLAH, Ya ALLAH , kurangkanlah kemalangan maut di Malaysia ini.

Hadith :
Daripada Mathar bin ‘Akamis dan Abu Azzah katanya Rasulullah SAW bersabda: “Apabila Allah telah memutuskan bagi seseorang hamba-Nya bahawa ia akan mati di satu bumi (tempat) nescaya Allah menjadikan sesuatu hajat baginya di tempat itu.”

Diriwayatkan oleh Ahmad dan at-Tirmidzi, rujuk Sahih sunan at-Tirmidzi 2249-1745
Dari laman web JAKIM : http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=1615

*********************
BANYAKKAN PAPAN TANDA MENGINGATI ALLAH

Selain itu dalam usaha menyedarkan pengguna jalanraya, di jalan-jalan yang dikenal pasti sering berlakunya kemalangan telah diletakkan papan-papan tanda yang bertulis kalimah 'SUBHANALLAH', 'ALHAMDULILLAH' dan 'ALLAHU AKBAR' agar pengguna sentiasa ingat kepada Allah dan sentiasa berdoa memohon perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala. Bukankah kita diperintahkan supaya berdoa dan berzikir dalam semua keadaan dan tempat sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah An Nisaa' ayat 103 tafsirnya :

"Maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring".

Dari laman web Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei
http://www.religious-affairs.gov.bn/index.php?ch=bm_info&pg=bm_info_khutbah&ac=323

****************
Huraian Hadith di atas :

Kematian itu tidak semestinya disebabkan oleh penyakit. Dengan perkataan lain, walau bagaimana hebat sekalipun kita menjaga kesihatan, ketentuan Allah itu mendahului segala-galanya kerana ada orang yang sangat teliti dalam penjagaan kesihatan, namun akhirnya menemui ajal dalam kemalangan jalan raya malah banyak lagi kisah-kisah lain yang membuktikan bahawa ajal itu bukan urusan manusia. Justeru setiap Muslim dituntut agar memohon perlindungan Allah pada setiap waktu dan ketika. Kita juga wajib percaya kepada Qadha’ dan Qadar Allah SWT dan segala ketentuan-Nya kerana kita tidak mengetahui bila dan di mana kita menemui ajal.

Tiada ulasan: