KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100204

Pelarian Islam Rohingya, adilkah kita ?

Sekarang semua mahu menjadi juara. Juara menegakkan Islam, juara membela umat Islam, juara membela nasib umat Islam Palestin, juara membanteras gejala murtad, juara membela orang Melayu.


Tapi kita lupa di Malaysia ini ada pelarian Islam Rohingya yang ditindas, dizalimi di negara mereka yang perlukan perhatian dan kasih sayang kita.


Kalau pelarian Rohingya ini datang ke rumah kita, menjual kitab-kitab, kalau tak nak beli, berilah mereka sumbangan wang ringgit, bekalan makanan dan sebagainya.


Mereka tak minta sedekah, mereka tak merompak, mereka tak merasuah. Mereka cuma mahu hidup sebagai hamba Allah yang taatkan perintahNya.


Cubalah berbual dengan mereka , dengar kisah hidup mereka.


Mereka adalah saudara se Islam kita. Salah satu soalan yang ditanya dalam kubur nanti, pasti.


Kisah kecekalan pelarian Islam Rohingya di Malaysia pada pautan berikut http://ujangchengkau.blogspot.com/2010/01/kenalan-ku-abdul-qadeer.html









Tiada ulasan: