Sesiapa yang mampu nak buat kenduri kahwin secara besar-besaran buatlah. Kalau banyak simpanan , apa salahnya.
Tapi kalau tak ada duit , buatlah sekadar yang mampu.
Yang wajib akad nikah, kenduri kendara ni tak wajib. Nak buat kenduri boleh, tak buat pun boleh. Islam kan mudah, adat Melayu je yang kadang-kadang disalah tafsir jadi susah.
Salah satu sebab remaja kita susah fikir hal kahwin ialah ingat yang akad nikah sunat, kenduri kahwin wajib, pelamin wajib, hantaran wajib, renjis air mawar wajib, bersanding wajib.
Tak perlulah nak buat pinjaman untuk uruskan kenduri kahwin. Alangkah baiknya selepas perkahwinan tak pening kepala fikir duit kenduri, duit hantaran, duit pelamin dan sebagainya.
Alangkah eloknya selepas kahwin sahaja pasangan pengantin dah ada rumah sendiri.
Lagi elok dalam keadaan ekonomi yang gawat sekarang ini, buat majlis kenduri kahwin beramai-ramai, macam di Johor ada pihak yang membantu mengendalikan program sebegini pada kos RM 500 sahaja untuk satu pasangan pengantin.
Siapa yang mampu buat, siapa yang tak mampu, akad nikah dah cukup. Ini dapat mengelakkan salah satu sebab kes gejala buang bayi berleluasa.
********************
Malu tamu tak makan
Harian Metro 24 Feb 2010
MELAKA: Sebuah keluarga dari Klebang Besar, dekat sini, membuat laporan polis kerana terkilan dan malu tindakan pengusaha katering didakwa gagal menyediakan makanan mencukupi untuk majlis perkahwinan anak lelaki mereka Sabtu lalu.

KECEWA...Kasim (kanan) bersama isteri, Asnah menunjukkan laporan polis, semalam. Kasim Daud, 62, dan isterinya, Asnah Husin, 59, membuat laporan di Balai Polis Melaka Tengah, petang semalam berhubung perkara itu sambil ditemani keluarga.
Menurutnya, beliau sekeluarga sudah lama merancang dan berbincang dengan katering berkenaan untuk majlis perkahwinan anak kelima, yang juga pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Rozaidi, 27, dengan pasangan, Siti Fatimah Roslan, 25, iaitu sejak dua bulan lalu.
Beliau berkata, pada 25 September 2009, beliau dan isteri berbincang dengan pengusaha terbabit di Jalan Pokok Mangga, dekat sini, untuk tempahan menyediakan makanan majlis perkahwinan di rumah mereka di 847-1, batu 3 3/4 Kampung Tengah, Klebang Besar, dekat sini, 20 Februari lalu.
“Kami mahu pengusaha katering menyediakan makanan bagi tetamu 2,000 orang dengan bayaran RM14,700. Saya membayar deposit RM3,000 pada 3 Oktober 2009 dan bakinya RM10,000 saya bayar sebelum hari perkahwinan pada 15 Januari lalu.
“Kami bersetuju baki RM1,700 akan dibayar apabila majlis perkahwinan selesai,” katanya ketika ditemui di perkarangan Balai Polis Melaka Tengah.
Kasim berkata, pengusaha katering bersetuju menyediakan nasi dan lauk-pauk ayam masak merah, daging kurma, kuah dalca dan acar timun dengan bayaran RM14,400 termasuk sewa khemah untuk tetamu.
“Dalam perbincangan berkenaan kami turut meminta masakan tambahan, gulai lemak nangka, ikan keli sambal dan kerabu mangga berharga RM300.
“Pada hari perkahwinan katering menyediakan tujuh khemah, namun mereka menggunakan dua daripadanya dan baki lima lagi untuk tetamu. Dalam perbincangan dan kad jemputan dicatatkan waktu makan, bermula jam 11 pagi hingga 4.30 petang.
“Ketika kenduri, kami sekeluarga mendapati pengusaha katering hanya menghidangkan makanan setengah jam lewat dan lauk- pauk diletakkan dalam bekas makanan tidak sampai separuh sedangkan ramai tetamu hadir,” katanya.
Kasim berkata, anggota keluarga terkejut makanan disediakan tidak mencukupi sedangkan baru jam 1.30 tengah hari menyebabkan ramai tetamu tidak dapat makan.
“Anak lelaki saya, Rohizal yang menguruskan makanan dan tetamu bertanya kepada ketua katering, namun pihak terbabit mendakwa makanan disediakan sudah dinikmati kira-kira 2,000 tetamu, sedangkan kami menjangka hanya sekitar 1,000.
“Pengusaha katering sudah berkemas untuk pulang dan saya sekeluarga terpaksa menggunakan duit sendiri membeli barang untuk masak kari ayam dan ayam goreng untuk tetamu lain.
“Kami sekeluarga turut kecewa kelemahan pelayan tetamu pertama kali terbabit dalam katering diambil pengusaha terbabit,” katanya.
Beliau berkata, pada kira-kira jam 11 pagi 22 Februari lalu, pihak katering datang ke rumah membincangkan perkara itu.
“Anak pengusaha katering itu menghalalkan baki RM1,700 atas masalah berlaku. Soalnya kejadian ini membabitkan maruah keluarga sebab itu saya membuat laporan supaya orang lain tidak menerima nasib sama.
“Saya sedih melihat ramai tetamu datang memberi wang hadiah sedangkan mereka tidak dapat makan. Saya sekeluarga ingin memohon kemaafan kepada semua tetamu atas apa yang berlaku,” katanya.
Isterinya, Asnah sedih imej keluarganya tercalar.
“Kami kesal apa yang terjadi pada perkahwinan anak kelima kami ini. Bukan niat memusnahkan periuk nasi orang lain, namun perkara ini sewajarnya menjadi pengajaran,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Malutamutakmakan/Article/index_html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan