KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100204

Hukum logo ALLAH untuk Polis dan Tentera



Ayah saya merupakan seorang pesara tentera. Ketika dia bertugas dulu atas inisiatif dia sendiri, apabila masuk tandas dia tanggalkan topi atau beret kerana terdapat Lambang Tentera Darat yang tertulis Kalimah ALLAH dan Muhammad dalam jawi.


Tak pasti sekarang macamana. Ada atau tidak diajar dalam tentera dan polis etika pemakaian lambang ALLAH dan Muhammad ini ?


Kalau masuk tandas macamana ? Bolehkah dicampak-campak saja lambang tadi ?


Bagaimana pula dengan anggota polis dan tentera yang bukan Islam yang memakai lambang tersebut ? Apakah mereka perlu pakai lambang yang tiada tertulis perkataan ALLAH dan Muhammad ?


Apakah hukum pemakaian lambang ini untuk bukan Islam ?


*****************

Soalan di bawah dari laman web Jabatan Agama Islam Perak :


Assalammualaikum ustat. Saya seorang anggota tentera laut. saya ingin bertanya bolehkah lambang Allah Muhammad yang dilekatkan atau dijahit pada baju kerja saya dibawa masuk kedalam tandas. saya dapati semua warga tldm membawa masuk lambang itu kedalam tandas termasuk saya. Lambang Allah Muhammad itu juga ada pada kepala tali pinggang yang dipakai oleh semua warga tldm termasuk yang bukan agama islam. Bolehkah anggota yang bukan islam diberi pakai lambang Allah Muhammad itu. Satu lagi soalan saya bolehkan lambang Allah Muhammad yang ada pada unit kami digunakan untuk kepala surat atau borang-borang. Apa yang saya perhatikan apabila borang yang salah diisi atau surat yang salah dibuat anggota mengoyak dan membuang di dalam tong sampah. Satu lagi masaalah ada borang diletakkan dibawah plastic meja lepas tu ada anggota lain datang dan duduk diatas meja tersebut. Borang tersebut yang mempunyai lambang digunakan dengan meluas di tempat kerja saya. Ustat boleh perhatikan lambang itu disemat atau dijahit dibaju angkatan tentera dan polis. Satu lagi apa hukumnya menggunakan pinggan mangkuk yang mempunyai lambang allah Muhammad. Pinggan mangkuk itu digunakan untuk makan di tldm. Sekian saya yang musykil dan tak tahu. tolong jawab email saya ini ustat. Saya benar-benar mahukan jawapan ini. Kenapa semua agensi yang saya Tanya tidak menjawab persoalan saya ini termasuk Jakim. Lagi saya musykil....


http://jaipk.perak.gov.my/index.php/component/option,com_easybook/Itemid,11146/

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TUAN YANG SAYA HORMATI,

SESUNGGUHNYA PIHAK JAKIM ADA MEMBINCANGKAN USUL INI.