KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100201

Jadilah pengemis untuk masuk IPT

Saya menyeru kepada lepasan SPM, STAM, STPM dll yang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran pada tahun 2010 ini jika ibu bapa tak mampu, tidak dapat pinjaman PTPTN, tidak dapat biasiswa, tiada jiran tetangga atau sanak saudara yang membantu, tiada jawatankuasa surau atau masjid boleh bantu jadilah Pengemis , minta sedekah depan bank-bank.

Tunjukkan surat tawaran masuk IPT, tunjukkan keputusan SPM dan sebagainya.

Adik-adik kalau dah tak ada cara lain, jadi Pengemis adalah jauh lebih baik dari adik-adik jadi pelacur. Jadi Pengemis adalah jauh lebih baik dari adik-adik menipu melalui perbankan Internet dan ATM.

Jadi Pengemis adalah Halal walaupun tidak digalakkan. Jadi Pengemis adalah jauh labih baik dari kaki rasuah, kaki judi.

Jangan sia-siakan hidup adik-adik. Menuntut ilmu adalah amat-amat penting untuk kelangsungan sesuatu bangsa yang berjaya.

Yang penting adik-adik , mohon bantuan Allah. Sembahyang jangan tinggal.

Kepada peminjam MARA, PTPTN , Yayasan dll yang dah kerja tu tapi tak bayar pinjaman, ingat , di akhirat nanti orang yang tak bayar hutang akan terhalang masuk syurga. Lu tanggunglah sendiri, dunia boleh lepas, akhirat SORRY.

**************************************
Syarat lebih ketat untuk layak pinjaman PTPTN
Berita Harian 1 Feb 2010

Kerajaan perlu adakan sistem potongan gaji secara automatik

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menetapkan syarat hanya ibu bapa berpendapatan kurang RM5,000 sebulan, mempunyai tanggungan ramai, tinggal di bandar besar dan luar bandar diberi keutamaan untuk pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata pada masa ini tiada satu syarat khusus berhubung tangga gaji ibu bapa pelajar menyebabkan pelajar yang ibu bapa mereka berpendapatan tinggi turut mendapat keistimewaan itu.

"Kebiasaannya golongan seperti ini tidak mempunyai anak ramai untuk ditanggung dan pastinya mereka berkemampuan untuk menanggung yuran pengajian anak mereka," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata PTPTN memerlukan dana lebih RM5 juta setahun menjelang 2013 bagi membiayai pinjaman pendidikan pelajar yang bertambah.

Beliau berkata, kajian menyeluruh sudah dimulakan bagi melihat kaedah sesuai membolehkan agensi itu memperoleh dana berkenaan.

Pada masa sama, katanya, PTPTN juga mengkaji untuk memberikan pinjaman kepada pelajar daripada golongan yang benar-benar memerlukan dan tidak perlu memberikan pinjaman kepada pelajar dari keluarga yang berkemampuan.

Prof Dr Mohamad Ali berkata, justeru, penetapan tangga gaji adalah perlu sebagai panduan kepada PTPTN untuk memastikan hanya pelajar daripada keluarga yang benar-benar tidak berkemampuan menerima pembiayaan PTPTN.

"Walaupun kita lihat pendapatan RM5,000 itu jumlah besar, sekiranya tinggal di bandar besar dan mempunyai tanggungan ramai, ia tidaklah besar sangat," katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga perlu mengadakan sistem potongan gaji secara automatik selepas enam bulan pelajar menamatkan pengajian untuk menjelaskan pinjaman pada kadar munasabah tanpa membebankan pelajar terbabit.

"Kerajaan perlu bersikap tegas dalam soal pembayaran balik pinjaman PTPTN dengan memberikan tempoh tertentu kepada pelajar terbabit untuk menjelaskan pinjaman masing-masing dan menjadikan ia sebagai bidang keberhasilan utama (KRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) PTPTN.

"Kita yakin pelaksanaan ini bukan saja dapat mengelakkan pelajar daripada liat membayar malah diharapkan tidak akan timbul lagi soal kesukaran kutipan semula yang menimbulkan masalah besar kepada PTPTN sebelum ini," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20100131234705/Article/index_html

Tiada ulasan: