KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100210

Hari Valentine, ingat Malaikat Maut


Antara kisah sejarah hari Valentine yang agak popular ialah tarikh 14 Februari adalah tarikh Santo Valentinus dibunuh.

Jadi Hari Valentine ini juga ialah Hari Kematitan Saint Valentine.

Hadis Riwayat Imam at Tirmizi
Dari Syaddaad bin Aus dari Nabi SAW baginda telah bersabda :
Orang yang cerdik ialah orang yang bermuhasabah diri dan ia beramal untuk hari-hari selepas mati.
Orang yang lemah ialah mereka mengikut hawa nafsunya dan ia berangan-angan keatas Allah.

MALAIKAT MAUT MELIHAT KITA SETIAP HARI.
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa.

Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.”

(INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT)

Diriwayatkan daripada Anas binMalik bahawa Rasulullah bersabda s.a.w. yang bermaksud: “Tidak beriman seseorang sehingga ia mencintai aku melebihi daripada keluarga, harta dan manusia yang lain.” (riwayat Bukhari danMuslim).

Firman Allah yang bermaksud: “Jika kamu benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah aku (Muhammad) nescaya kamu akan dikasihi Allah dan akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Pengasih.”(ali Imran ayat 31)

SELAMAT MENYAMBUT MAULID NABI
(Ketika serdadu Romawi dilarang menikah oleh Kaisar Claudius II, santo Valentinus secara rahasia membantu menikahkan mereka. Pada kebanyakan versi legenda-legenda ini, 14 Februari dihubungkan dengan keguguran sebagai martir. http://id.wikipedia.org/wiki/Hari_Valentine )

Tiada ulasan: