KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20100204

Melayu N.Sembilan akan pupus macam Red Indian


Apakah Melayu di Negeri Sembilan yang terlibat dengan Adat Perpatih hanya tinggal pada nama, hanya boleh berbangga dengan dimuziumkan Adat Perpatih, hakikatnya akan jadi macam Red Indian di Amerika Syarikat ?


Melayu di N.Sembilan yang terlibat dengan Adat Perpatih ini lama kelamaan akan hilang tanah adat dek pembangunan dengan harga yang begitu murah di Malaysia.


Tanya belia-belia, tanya pemuda-pemuda, tanya puteri-puteri, tanya putera-putera di Rembau, di Pilah, di Jelebu, di Johol ada tak harta mereka, ada tak tanah mereka, ada tak rumah mereka ? Atau hanya berbangga dengan rumah rakyat, rumah PPRT, rumah teres, rumah pangsa, berbangga dengan kereta Proton, motosikal Modenas ?

Sedangkan Melayu di Negeri Sembilan ini ada tanah, tapi terbiar, tapi terjual dek pambangunan dengan harga yang murah. Ada rumah besar tapi roboh dek pembangunan.


Alhamdulillah saya ada tanah, ada rumah yang Allah pinjamkan di dunia ini, tapi bagaimana dengan nasib bangsa Melayu kita di Negeri Sembilan ini ?


Masih hendak diseminarkan Adat Perpatih dan dimuziumkan saja ? Atau cukup dengan tukar nama Negeri Sembilan Darul Khusus ke Negeri Sembilan Negeri Beradat akan terbela Melayu di Negeri Sembilan ?


*******************************

Selain berhijrah keluar kerana merantau, penghijrahan dalam masyarakat adat perpatih juga berpunca daripada perselisihan faham antara adik-beradik kerana salah bahagi harta carian dan akhirnya merajuk. Pengalaman pemilik tanah yang berhijrah keluar kerana merajuk juga akhirnya mendorong tanah adat menjadi terbiar dan tidak diusahakan.


Suami pemilik tanah (yang dikenali sebagai orang semenda), enggan mengusahakan tanah milik isteri masing-masing kerana mereka tidak nampak kepentingan mereka terhadap tanah pusaka tersebut.


Sumber : http://eprints.ukm.my/104/1/azima-edited1.pdf

********************************

17 Resolusi Dirumus Dalam Seminar Adat Perpatih


SEREMBAN, 27 Jan (Bernama) -- Usaha memperkasa dan memartabatkan Adat Perpatih oleh Kerajaan Negeri Sembilan serta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan adalah antara 17 resolusi yang dicapai pada seminar sehari Adat Perpatih di sini, pada Selasa.


Pengerusi jawatankuasa induk seminar itu Kolonel Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar berkata seminar yang dihadiri lebih 200 peserta, terdiri daripada ketua-ketua adat dan ketua-ketua jabatan itu, turut meminta kerajaan negeri bersungguh-sungguh menjadikan aktiviti Adat Perpatih sebagai produk pelancongan dari dalam dan luar negara.


"Selain itu, seminar itu mencadangkan kerajaan negeri supaya memberi pengiktirafan sewajarnya mengenai kedudukan ketua-ketua adat seperti Datuk-Datuk Lembaga, Buapak dan pemegang ketua-ketua adat yang lain dalam struktur susunan masyarakat," katanya kepada Bernama di sini, pada Rabu.


Kamaruddin berkata seminar itu turut menyarankan agar nama Negeri Sembilan Darul Khusus ditukar namanya kepada Negeri Sembilan Negeri Beradat sesuai dengan masyarakatnya yang menjadikan Adat Perpatih sebagai teras dalam kehidupan seharian mereka.


"Kali ini kita mesti serius dan agresif dalam mempertahan dan mengembangkan Adat Perpatih. Untuk itu kita perlu ada rancangan padu dan komitmen semua pihak yang berkaitan," katanya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=471561

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Adakah perlantikan Undang Luak Sungai Ujong dan AlShahbandar sekarang sah disisi adat perpatih seperti yang di jelaskan dalam perlembagaan N9? Apakah nas-nas ia sah atau tidak sah? Dan apakah ini memberi kesan yang terlalu besar dari aspek daulah YDP Besar?

Kudin

ishak berkata...

Betul la tu,mmg banyak pun tanah terbiar kek negori sembilan tu..bukan eh takdo org nogori yg handa cuma banyak yg dah kuar tompek lain.