KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20111026

Melayu Pakar Jurutera Otomotif hebat di Senawang



Malam tadi selepas solat jemaah Maghrib di Surau Alamanda, saya dan anak-anak ke Restoran Nasi Arab Lazeez, sebelah Balai Polis Bandar Baru Senawang, bungkus untuk makan bersama keluarga di rumah. Sementera menunggu nasi dibungkus, saya perasaan dua orang lelaki berbaju hitam sedang bersiap untuk makan.

Baju T yang digunakan merupakan pakaian seragam tertera Mag Apprentice. Tak syak lagi mereka ini dari Bengkel Kereta Mag Auto di Senawang. Saya perasaan sebab blog Mag Auto ini di http://mag-auto.blogspot.com/ selalu dikemaskini dengan pelbagai aktiviti perkhidmatan semasa mereka. Boleh dikira blog usahawan yang paling aktif dan menarik saya jumpa setakat ini.

Saya sendiri tidak pernah pergi ke bengkel berkenaan, namun apa yang terpapar pada blognya membuktikan pemiliknya seorang yang berdedikasi.

Yang saya begitu kaget dan kagum ialah bengkel Mag ini tak macam bengkel lain, mereka mengamalkan prinsip kebersihan dan kekemasan yang disaran Islam yang begitu tinggi, lebih hebat dari 5S.

Bengkel mereka bersih, macam hospital. Pekerja mereka juga bersih, kemas dan tidak selekeh.

Balik kepada dua orang lelaki yang saya jumpa tadi, saya pun memberi salam dan menegur mereka. Borak punya borak, salah seorang adalah merupakan pemilik Mag Auto, iaitu Zamani.

Zamani ni begitu merendah diri, terus terang dia kata dia tiada kelulusan tinggi, tapi mempunyai pengalaman dalam industri otomotif, akhirnya menjadi usahawan otomotif yang berjaya.

Zamani adalah merupakan anak peneroka Felda di Tampin. Sekarang ini beliau mengumpulkan semua belia-belia Felda yang gagal dalam pelajaran tetapi berminat untuk menceburi bidang otomotif untuk dilatih dan bekerja dengan beliau.

Itulah hebatnya Bengkel Mag Auto yang diusahakan Zamani ini. Ianya bukan sebarang bengkel, ianya boleh jadi pusat latihan, pusat usahawan, mini universiti dan macam-macam lagi.

Dia menjemput saya datang ke bengkelnya bila-bila masa. Saya kata esok Deepavali buka ke? Dia kata bengkel dia buka sepanjang masa , kecuali Idil Fitri dan Idil Adha.

Di bawah ini sedikit maklumat mengenai Mag Auto :

Bengkel Kereta dan Drag Race
MAG AUTO GARAGE
No: 76, JALAN TPS 4
Senawang Business Park
70450, Seremban, Negeri Sembilan

General Mechanical & Servicing
* Engine Conversion Upgrading
* Modification Of Engine & Parts
* New & Used Performance Parts

Office (Seremban, Negeri Sembilan) : O6 - 6770002
Untuk sebarang pertanyaan boleh lah menghubungi
ZAMANI : 019 - 3874976

1 ulasan:

MAG AUTO GARAGE berkata...


Terima kasih kerana memaparkan cerita ataupon pandangan saudara mengenai Bengkel MAG di dalam blog. terima kasih sekali lagi... :) hehehe

http://mag-auto.blogspot.com/2012/12/mag1c-program-seminar-pengurusan.html