KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20111009

Yuran sekolah 2012 Percuma TAPI Yuran PIBG Mahal



Adalah lebih baik yuran sekolah untuk tahun 2012 dikekalkan yang hanya sebanyak RM33.50. Sebaliknya Yuran PIBG yang ada sekolah sampai RM 200 mungkin ada yang sampai RM 400 seorang pelajar dihadkan hanya kepada RM 30 sekeluarga. Apalah guna kita gembira menyambut pemansuhan yuran sekolah yang sedikit sedangkan yuran PIBG masih mahal.

Kalau sekolah perlukan duit untuk menjalankan aktiviti di sekolah melalui PIBG hendaklah digalakkan ibu bapa menderma kepada sekolah, kerana derma kepada sekolah akan dikecualikan cukai. Juga harap disegerakan proses pengecualian cukai kepada semua sekolah, agar mudah ibu bapa dan sektor korporat menderma kepada sekolah.


Selaras bayaran elak penetapan yuran sesuka hati
9 Okt 2011

KUALA LUMPUR: Kadar yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG) yang kini berbeza mengikut sekolah perlu diselaraskan di seluruh negara bagi mengelakkan kejadian menaikkan bayaran sesuka hati berikutan pemansuhan yuran persekolahan mulai tahun depan.

Sehubungan itu, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Prof Madya Dr Mohamad Ali Hassan, mahu satu garis panduan berhubung kadar yuran diwujudkan bagi mengelakkan ada pihak mengambil kesempatan sekali gus membebankan keluarga berpendapatan rendah.

Mohamad Ali berkata, selain itu, pihaknya mencadangkan lebih banyak syarikat korporat dan persendirian menyumbang kepada PIBG dan tidak hanya menumpukan sumbangan ibu bapa kerana mereka boleh mendapat pengecualian cukai bagi tanggungjawab sosial.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Selarasbayaranelakpenetapanyuransesukahati/Article

Ucapan Belanjawan 2012
Pada masa ini, pelajar masih dikenakan bayaran 24 ringgit 50 sen bagi sekolah rendah dan 33 ringgit 50 sen bagi sekolah menengah untuk bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insuran Takaful. Ingin dimaklumkan bahawa, mulai sesi persekolahan 2012, bayaran ini akan dimansuhkan. Dengan ini, sukacita diumumkan bahawa, buat pertama kalinya dalam sejarah, pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan adalah disedia dengan percuma.

Bagi menggalakkan orang ramai menyumbang kepada sekolah-sekolah tersebut, maka sumbangan seperti ini diberi potongan cukai. Kerajaan akan menyegerakan kelulusan pengecualian cukai bagi institusi pendidikan dan semua rumah ibadat dalam tempoh masa yang singkat.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/UcapanBelanjawan2012/Article

6 ulasan:

azmie berkata...

biaso la tu. sekolah bkn ado duit. nak harap pruntukan dr krajaan, plg awal bulan 3 br turun dr langit. permohonan tax relief yg tongah tunggu income tax approve pun ado beratus lg. tunggu la sampai bajet 2013 pulak

Tanpa Nama berkata...

kalau nak yuran pibg 30, buat ape memekak kat dalam web..gi la komplen kat PIBG sekolah tu.. Ni mesti gtak penha meeting PIBG, sebab tu memekak tak bersebab...ko tak tau ke..kadangkadang marker pun cikgu belikan? tp sibuk memekak mintak cikgu macam amcam..padahal cikgu keluar duit sendiri tu..

Tanpa Nama berkata...

Yuran PIBG ditentukan dengan persetujuan majoriti dalam mesyuarat PIBG sekolah. Bukannya arahan kerajaan. Setiap kali mesyuarat PIBG hanya muka yg sama saja yg ada. Yang lain tak datang pun. Kenapa nak tulis dalam web ni. Tentukan dlm meeting. selalunya duit warga sekolah juga yang paling banyak keluar. Tapi tak nak bising2 kerana dianggap sebagai sedekah saja . Kalau hal mudah sebegini ada yang tak berapa faham, macammana nak faham tentang hal-hal pentadbiran negara yg lebih complicated...

Tanpa Nama berkata...

yuran PIBG yang ciput tu pon ramai yang tak mahu bayar, "macam ante"..., inikan nak harap ibu bapa dan sektor korporat sedekah....

Yang tetap RM200 yuran pibg tu bukan cikgu, tapi ibu bapa sendiri.... tiap2 tahun ada Mesyuarat Agung... Datang ye tahun depan, jgn tak datang...

Tanpa Nama berkata...

tak dinafikan semua jumlah bayaran yuran tu ditentukan dlm pibg yang semua jwtnkuasanya dilantik semasa mesy agung pibg..ibu ibu yg byk dtg.krn bapa bapa kurang minat nak dtg dan ramai yg bekerja pd tarikh pibg diadakan..maka terlantik lah pemimpin2 masyarakat atau org org yang kdg kdg sesetengahnya dipilih sendiri/diatur sendiri oleh sesetengah sekolah..dgn harapan setiap keputusan dlm pibg dapt dipengaruhi oleh sekolah..(warga guru jgn nafikan perkara ini wujud)..utk kemudahan sekolah dlm penentuan penggunaan wang pibg mudah dibuat..namun begitu cuba bygkan jika ada 3 org anak bersekolah menengah brp kah jumlah yuran pibgnya?..ting 1,ting 3 dan ting 5..hampir 550..tu belum lg dicampur dgn duit buku..menjadikannya hampir 1 ribu..tu persoalannya skrg..tu belum lagi bila tiba waktu persekolahan dengan cadangan guru beli buku tambahan itu ini..bila ada je syarikat2 buku mempromosikan buku buku rujukan latihan..maka setiap murid disuruh beli..kdg kdg bila dilihat kembali hujung tahun..tak guna langsung pun buku tersebut..belum lagi potostat itu ini..bayaran itu ini..byk persoalan dan namum tak dinafikan guru guru memberi komitmen dgn mengeluarkan duti sendiri dlm memberi pelajaran kepada pelajar..tp brp ramai guru yang berbuat demikian dlm satu satu sekolah?

rozalqs berkata...

Tak setuju tak payah bayar. Buat tak tau jer. Kih kih kih.