KASIH SAYANG

KASIH SAYANG

20120331

Peranan Golongan Sufi dalam Pilihanraya


Sebelum ini seorang ahli sufi yang tidak terlibat dalam politik sering memberitahu saya bahawa golongan sufi ada cara mereka sendiri untuk membantu menegakkan syiar Islam baik sewaktu aman apatah lagi sewaktu peperangan dan pilihanraya. Saya bersetuju dengan pendapat ahli sufi tersebut, tapi ahli sufi tersebut memberitahu saya ramai yang tidak setuju dengan pendapat dia. Tadi saya menghadiri satu kuliah di surau oleh seorang ahli sufi juga, tapi dari tarekat yang lain. Ahli sufi tadi juga memberitahu peranan ahli sufi adalah besar dalam peperangan.

Beliau memberitahu dalam satu peperangan antara tentera Islam dan tentera Perancis, satu golongan sufi yang diketuai oleh seorang ulama yang begitu terkenal di waktu itu telah berzikir sebanyak 70,000 kali sebelum melepaskan tentera Islam pergi berjihad. Dan zikir tersebut menjadi amalan selepas solat satu tarekat di Negeri Sembilan.

Semoga dua artikel di bawah ini dapat membuka minda kita semua akan peranan ahli sufi dalam pilihanraya nanti. Saya tertarik dengan artikel kedua, peranan ahli sufi di Minangkabau sewaktu pencerobohan Belanda dan Inggeris.

Dakwah dan Jihad Ahli Tasawuf

Oleh Ketua Urusan Ulama Hulu Langat

Sejarah membuktikan Ahli Tasawuf memainkan peranan penting di dalam usaha menegak dan mempertahankan agama Allah. Mereka bukanlah hanya menghabiskan masa dengan berzikir, tidak bergaul dengan masyarakat dan tidak mengendahkan suasana di sekelilingnya. Sebaliknya mereka turut mengambil bahagian yang serius di dalam dakwah dan jihad, malah memberikan sumbangan yang besar dalam perjuangan umat Islam atau dalam jihad menentang kuffar di medan peperangan, mahupun menentang kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan golongan berkuasa.

Di Asia Tenggara dan Kepulauan Melayu, kita akan temui tokoh-tokoh tasawuf yang memainkan peranan penting di dalam politik dan pentadbiran negara. Pada zaman keagungan empayar Islam Acheh pada abad ke-16 dan 17, kita dapat melihat bagaimana peranan yang dimainkan oleh Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri, Syeikh Abd Rauf Singkel dan lain-lain lagi.

Abu Hasan Ali an-Nadwi pula menukilkan mengenai dakwah Syeikh Abd Qadir al-Jailani dengan katanya : “Kira-kira 70,000 orang telah menghadiri majlis (ta’limnya). Lebih 5,000 orang Yahudi dan Nasrani telah memeluk Islam menerusi usahanya. Lebih 100,000 orang-orang jahat dan perompak atau pencuri bersenjata yang telah bertaubat menerusi usahanya. Beliau telah membuka pintu taubat dan bai’ah seluas-luasnya, maka orang ramai yang tidak diketahui bilangan mereka itu kecuali Allah sahaja, telah masuk ke dalamnya. Sehingga akhlak mereka menjadi baik dan demikian juga keIslaman mereka itu.”

Demikianlah beberapa contoh mengenai peranan golongan tasawuf, wali-wali Allah dan pengikut perjalanan kerohanian di dalam amal dakwah dan jihad.

http://urusanulama-hl.blogspot.com/2012/02/dakwah-dan-jihad.html

Kaum Sufi dalam Sejarah di Minangkabau

Salah satu kritikan terhadap kaum sufi khususnya kaum tarekat adalah sikap pasif dan apatis mereka terhadap peristiwa-peristiwa politik dan sosial.

Menurut pengkritik, kaum sufi hanya sibuk memutar tasbih dan berzikir, terlena dengan pencarian spiritual yang individualistis. Mereka pun dituding suka melakukan kompromi dan asimilasi dengan penguasa dan status quo demi cari aman.

Kritikan seperti ini bisa dijustifikasi pada sebagian kasus dan pada sebagian tempat, tapi bahwa seluruh kaum sufi atau kaum tarekat seperti itu tampaknya perlu dipikir ulang. Kali ini kita lihat secara sederhana sebagian peranan kaum sufi/tarekat dalam sejarah perang kolonial di Minangkabau.

Perjuangan fisik kaum sufi di Minangkabau sebelum kontak dengan Eropa (VOC, Inggris, kemudian Kerajaan Kolonial Belanda) masih sangat sedikit diketahui. Baru setelah VOC masuk dan konfrontasi dengan penduduk pribumi tak terhindarkan, tercatatlah sejumlah ulama Minangkabau semisal dari Pauh dan Kubung XIII yang menyerang markas VOC di Padang.

Di Minangkabau sendiri, kecemasan bahwa kaum tarekat bisa jadi ancaman Belanda sejak awal tergaung dalam pandangan penulis seperti Verkerk Pistorius (1867). Bahkan pada 1890, Gubernur Jenderal Hindia Belanda saat itu menugaskan Gubernur Sumatras Westkust (Sumatera Barat) untuk melakukan pengawasan dan pendataan terhadap surau-surau tarekat di Minangkabau.

Selanjutnya di http://hariansinggalang.co.id/kaum-sufi-dalam-sejarah-di-minangkabau

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Golongan sufi terbahagi kepada dua puak iaitu mereka yang benar-benar membantu umat Islam dan mereka yang memisahkan agama dengan kehidupan. Golongan sufi yang memisahkan agama dengan kehidupan terbahagi kepada mereka yang berpura-pura membantu umat Islam dalam peperangan sebagai jalan untuk menambah bilangan pengikut atau yang terang-terang menjadi alat kepada kuasa-kuasa Barat untuk mengekang Islam dan sebagainya. Kejatuhan negeri-negeri Islam di Indonesia ke tangan Belanda menjadi mudah lantaran terdapat golongan sufi yang bersekongkol dengan Belanda. Demikian juga di India.

Contoh penglibatan golongan sufi dalam peperangan ialah mereka yang berada di sekeliling Sultan Muhammad Al Fateh. Golongan sufi itu bukan sahaja mendidik, berzikir dan sebagainya tetapi juga menyertai peperangan yang berlaku.